January 18, 2009

Tulisan Lama Aku

Tanggal 2 April 2008 yang lalu telah menyaksikan satu pertemuan diskusi yang berlaku secara tidak sengaja bersama seorang gadis yang dilahirkan dengan nama Nurul Mardhiah Binti Shamsudin atau lebih dikenali dengan panggilan ‘N’. Perbincangan ini agak hangat barangkali, sehangat cafe di tempat aku. Perbincangan ini sebenarnya mengenai 'lelaki dan wanita'. Sungguhpun begitu, ingin difahamkan di sini 'Lelaki dan Wanita' ini bukanlah versi remaja keluaran karangkraf.

Siapa Lelaki? Siapa Wanita? Masih ingat kata-kata klise ini "Wanita itu dicipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok, dan sudah menjadi tugas lelaki untuk meluruskannya.". Aku amatlah tidak menyetujui kata-kata klise ini pada awalnya. Kenapa wujudnya perumpamaan seperti ini? Jika, seorang lelaki itu ingin meluruskan sesuatu yang bengkok nescaya tulang rusuk itu akan patah. Tetapi sekarang ada yang tersirat disebalik yang klise ini. Antara bengkok dan meluruskan. Bengkok itu bagaimana ia harus diluruskan? Jawapannya adalah bimbingan. Jika bimbingan yang lelaki itu berikan pada wanita adalah baik maka lurus jalannya. Jika tidak simpang siur lorongnya. Tetapi untuk membimbing seseorang kita harus membimbing diri sendiri dahulu.

Semua manusia akan, pasti, pernah dan sentiasa jatuh cinta. Semua manusia akan merasakannya. Jangan tipu tau. Tetapi, adakah manusia ini tahu apa itu cinta "Cinta sesama manusia kerana manusia atau Cinta sesama manusia kerana Tuhan.". Perkara ini individu itu yang harus renungkan! Individu itu harus jelas! Untuk apa manusia itu bercinta? Dan untuk apa manusia dicipta untuk merasai rasa cinta itu atau mungkin aku boleh katakan sebuah kasih sayang yang tiada tolok bandingnya... Mungkin kamu lebih faham bukan, apa yang aku cuba maksudkan? Dan bagaimana ia dijadikan sebagai satu bimbingan dalam kehidupan kita. Itupun kita harus jelas kerana cinta bukan perkara main-main.

Sesuatu yang pelik tentang lelaki dan wanita ini adalah tidak kira apabila mereka bercinta atau berkahwin pasti akan ada benda yang amat sukar untuk dikongsi bersama. Aku pun jadi pelik apabila fikirkannya. Ehmmmmmm... Dengan menggunakan alasan "Tak semua benda kita boleh kongsi.". Tak ke korang semua rasa yang ayat ni dah terlalu kuno untuk di pakai sebab dunia sudah lebih bertamadun. Hadoi... Aku tak tahu... Susah sangat ke nak kongsi... Apa perlunya lelaki dan wanita itu mempunyai sebuah perhubungan yang cukup bahagia sedangkan tidak berkongsi apa-apa. Ada la, kita berkongsi hati dan perasaan itukan dah cukup bahagia. Kitakan dah bersatu. Ya Tuhan... Bahagia tanpa kerisauan... Tiada kebahagiaan yang mutlak di dalam dunia ini walaupun hati dan perasaan bersatu, pasti akan ada sedikit kecewa.. Pasti akan ada gundah gulana... Tapi kita tidak akan sesekali sedar bila ia datang. Walaupun kita tersenyum gembira tapi kita rasa kecewa itu dalam keadaan tidak sedar. Yang kita tahu kita dapat merasakannya. Cuma satu nasihat aku, anggaplah kecewa itu permulaan kepada bahagia. Jika ada masalah, pertanyaan, persoalan, gelisah, tangis dan tidak kiralah kamu itu lelaki atau wanita silalah kongsi jika kamu benar-benar yakin yang lelaki atau wanita itu memang diciptakan untuk kamu. Kamu tidak akan rasa sedikit penyesalan pun jika kamu berkongsi segala apa yang kamu rasa dengan insan lain sesungguhnya ia adalah sebuah proses pembelajaran untuk kita lebih mengenali diri sebab kadang-kadang kita pun tak faham diri kita.

Kesucian! Bercakap tentang kesucian orang akan kaitkan dengan segala kebaikan tetapi mereka tidak tahu di dalam segala kebaikan itu ada keburukannya dan di dalam keburukan itu punya kebaikannya. Manusia di dunia ini, kamu harus tahu tiada yang benar-benar baik dan tiada yang benar-benar jahat. Persoalan? Dimanakah letaknya kesucian seorang lelaki? Dimanakah letaknya kesucian seorang wanita? Ini adalah tanda tanya yang sentiasa berlegar di kepala 'Lelaki dan Wanita'. Dara atau tiada dara? Teruna atau tiada teruna? Bagaimana untuk membezakannya? Adakah penting bagi kamu [lelaki] untuk memilih yang masih dara atau tidak? Adakah penting bagi kamu [wanita] untuk memilih yang masih teruna atau tidak? Persoalan di kepala wanita "Teruna, macam mana nak tahu lelaki itu masih teruna.". Begitu juga lelaki, mereka akan memikirkan perkara yang sama. Aku sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menulis mengenai ini dengan lebih lanjut kerana aku masih lagi tidak khatam. Tapi aku percaya akan satu perkara kesucian itu berada di hati untuk melawan syaitan yang ingin membinasakan diri dan bukannya memperhambakannya sekaligus memperdagangkan maruah ke lembah neraka yang hina hingga susah bagi kita untuk mengapainya kembali. Panasnya aku nak maruah aku balik... hahahahaha... sampai bila pun susah kau nak dapat balik sebab kau dah campak ke neraka yang hina. Menangis pun dah tak guna kalau tak insaf. Air mata itu bukan apa. Kalau air mata tu jatuh pun ia hanya akan menyeksa bumi ini. Setiap air mata yang jatuh seperti ada satu kejutan yang menggegarkan bumi ini. Jangan seksa bumi ini sesungguhhnya kamu hidup diatasnya jika kamu seksa sama seperti kamu menyeksa diri kamu sendiri. Ya Tuhan sangat menyakitkan. Menyakitkan dan memeritkan. Adakah kamu mahu hidup begitu? Renungkan.

Pendam... Apa dia boleh ulang sekali lagi? Kalau ada masalah PENDAMMMMM.... Cukup! Pekak telinga aku. Pendam ye... Aku nak tengok sejauhmana manusia itu boleh pendam. Mesti boleh punya lama-lama hilang la masalah itu. Ehmmmm... hilang ye, kalau masalah tu muncul balik macam mana. Bercerita tentang pendam hanya ada 2 perkara yang menyakitkan iaitu memberi kesakitan dengan menyiksa perasaan dan diri sendiri kerana berusaha memendamkan perasaannya terhadap sesuatu masalah dan yang kedua berusaha sedaya upaya untuk menipu diri sendiri dari menerima kenyataan. Ya Tuhan, amat-amat menyakitkan. Habis tu kau nak aku buat apa? Kalau kau bertanya soalan dan aku akan jawab. Ada ruangan komen di bawah. Sekian untuk kali ini, Terima Kasih.

2 comments:

ikmal bin zolkifli said...

Salam....

hai?
saya seorang penulis blog gak....
saya berminat dengan jalan cerita yang awak tunjukkan...
jalan cerita yang sangat menarik...
boleh saya tahu,jalan cerita sebenar disebalik cerita ini?
adakah ia kisah benar yang berlaku pada awak?
adakah nurul mardhiah yang awak maksudkan memang wujud?
atau hanya sekadar nama?
mengapa nama dia?
dan bukan nama gadis lain?

saya harap,
en. dapat jelaskan....
mungkin hasil post anda ini dapat kami masukkan dalam majalah....

terima kasih

BesaqKichik said...

pertanyaan itu...

jawapannya Nurul Mardiah itu teman kolej Aku..

dan

tiada cerita disebalik semua ini hanya pertikaian yang diperbincangkan dalam kehidupan harian...

dan aku tulis untuk sama-sama kita nilai..

tq..