(Untuk kanak-kanak Palestin yang mahukan tidur nyenyak)
Malam-malam mimpiku indah
Tidak dihujani letupan merah
Tidak dibasahi senyum parah
Aku suka mimpi-mimpiku
Malam-malam mimpiku indah
Melihat ibu ayah dodoi lagu merdu
Asyik dan
Tidurku nyenyak sekali
Aku suka mimpi-mimpiku
Malam-malam mimpiku indah
Seindah syurga yang dijanjikan Tuhan barangkali
Tidak segelap dulu
Selalu menangis dan menyorok sana-sini
Aku suka mimpi-mimpiku
Malam-malam mimpiku indah
Aku tidak mahu terjaga
Kerana terjaga melihatkan Aku
Kejam
Aku hilang mimpi-mimpi indahku
Pulangkan mimpi-mimpi indahku
Pulangkan mimpi-mimpi indahku
Aku tidak mahu terjaga lagi
Aku dahaga untuk tidur
Aku mahu bersama mimpi-mimpiku.
(Aku menangis)
January 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment