January 5, 2009

CINTA ITU UNTUK SIAPA [episod 1]

Dah lama rasanya tidak Aku coretkan kisah cinta di dalam ruangan Blog ini. Dan ini episod pertama untuk semua.

CINTA ITU UNTUK SIAPA

Perjalanan dalam hati ini amat susah tetapi untuk berjalan sangat senang tempuhi segalanya membuatkan kita teruja. Satu saat itu,

ALYA
“Awak puas dengan apa yang dah awak buat.”


Situasi itu hanya senyap dan membuatkan kita tertanya ‘Cinta Itu Untuk Siapa’.

ALYA
“Seronok jadikan Saya bahan permainan.”


Situasi tidak berubah, kita akan rasa makin sakit.

IS
“Putus, bukan sebab Awak tapi Saya dah tak sayang Awak. Harap jelas dan Faham.”


Jawapan yang diberikan itu amat mudah tapi siapa yang sanggup menahan selepas segalanya dicurahkan. Bila sayang setiap pengucapan itu sangat bahagia. Bila cinta segala impian jadi nyata. Bila benci cinta itu umpama neraka. Cinta kita ini untuk siapa.

ALYA
“Cinta Aku untuk siapa.”


Pada satu hari itu… Kita tak sedar apa yang terjadi di sekeliling kita. Berlaga dengan siapa pun kita tak perasaan sebab kota sesak tapi bila hati tergerak untuk melihat sesuatu kita akan tetap berpaling. Siapakah orangnya?

HAIKAL
“Maaf, tak sengaja. Awak tak apa-apa kan? Maaf ya.”

ALYA
“Saya ok.”

HAIKAL
“Saya gerak dulu ya. Maaf.”

ALYA
“Ya, sudah dimaafkan. Silalah gerak sekarang.”


Dalam perjalanan itu, kita akan sentiasa teruskan perjalanan tapi hari- berganti-hari, masa kian cepat cemburu. Kita tak kan pernah sedar yang kita akan temui seseorang itu lebih dari sekali dan kita juga tidak akan menyangka yang kita akan ditegur sapa oleh seseorang itu secara spontan di kedai mamak.

HAIKAL
“Maaf, awak budak yang saya langgar tempoh harikan.”

ALYA
“Saya tak pernah kena langgar kereta.”

HAIKAL
“Bukan kereta tapi Saya.”

ALYA
“Awak...”

HAIKAL
“Masa tu awak jatuh…”

ALYA
“Cinta…”


Kadang-kadang apa yang kita kata boleh menyebabkan seseorang itu senyap, jika seseorang itu tahu yang yang kita bergurau ia akan turut ketawa dan jika seseorang itu tidak tahu yang kita ini bergurau ia akan merah tersipu malu.

ALYA
“Aku kenal kau. Tadi tu gurau je. Kau nak apa, tegur Aku ni.”

HAIKAL
“Ta.. tak.. Maaf sebab langgar awak hari tu.”


Maaf lagi. Sampai bila maaf itu harus diungkapkan. Benar jika berbuat salah haruslah meminta maaf tetapi jika sering diminta untuk dimaafi marah jadinya nanti. Perasaan sama macam cuaca sering berubah-ubah.

HAIKAL
“Kenapa Aku jumpa dia lagi ya atau Tuhan sengaja ingin menemukan Aku dengan dia.”

Bersambung…
(Nantikan Episod 2)

2 comments:

Anonymous said...

nak haikal aja.
haha

BesaqKichik said...

hahahahahaha..