January 8, 2009

6 Januari Yang Lalu


6 Januari 2009 lebih kurang jam 11 barangkali. Maaf ya, Aku tidak dapat memberitahu masa yang tepat dan jelas kerana tidak suka memakai jam tangan cuma sesekali memandang jam di telefon bimbitku.

Aku di mana?

Kemunculan julung kalinya Matahari untuk tahun 2009 di Shah Alam telah membuat sang bulan ini terkejut barangkali… sehingga menjerit-jerit di dalam rumah selepas menutup pintu secara spontan kerana tidak menyangka Aku ada di depan pintu rumahnya. Berdiri teguh bersama cinta.

Aku sweet?

Ntah la tak tau nak cakap macammana. Jelas sekali Aku melihat wajah yang comel di hadapan Aku, terkejut yang mana matanya jadi bulat buat seketika. Comel sekali.

Siapa comel?

Tentulah gadis yang paling Aku sayang Nur Syaima Nabila yang mana jika diijinkan Tuhan ia akan menjadi isteriku yang SAH kelak dan Aku amat-amat nantikan detik itu bermula. Aku berdoa yang ia akan bermula dengan cukup bahagia dan pengakhirannya juga bahagia. Pengisiannya biarlah cukup rasa dan punya warna supaya ada pengajaran dalam mengejar erti kebahagiaan bersama. Sayangku, maafkan Besaq kerana hadir tanpa diundang tapi hati ini sangat tidak dapat menahan rindu dan diri ini amat-amat inginkan kamu. Setiap hari Aku rindu untuk melihat wajah dan paling penting senyuman kamu yang manja.

Aku sudah tidak dapat menulis kerana perasaan ini sangat kuat sehinggakan Aku tidak dapat menulis tapi yang pastinya perasaan ini tersangatlah bahagia.

Aku bahagia?

Ya, Aku bahagia kerana ada dia yang diutuskan oleh yang maha kuasa untuk bersama dan menyedarkan Aku tentang beberapa silapku yang mungkin mata Aku tidak dapat melihatnya.

Siapa Dia pada Aku?

Dia Nur Syaima Nabila, gadisnya baik dan comel bila senyum manis sekali. Bukan memuji kerana dia kekasihku tapi menyatakan apa yang benar bila Aku memandang wajahnya. Lain Manusia lain interpretasi. Jadi inilah dia pada Aku, seseorang yang akan Aku SAYANG. Yang akan Aku SAYANG sampai keakhirnya.

BESAQ SAYANG KICHIK?

YA, SAYANG SANGAT SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS SAYANG SAMPAI KE AKHIRNYA.

1 comment:

Anonymous said...

Sayangku...Syukur alhamdulillah sgat2...kichik diberikan sedikit ruang untuk menumpang dihati sayang..kichik harapkan hati itu akan terus disitu untuk selama2nya...AMIN INSYAALLAH...terima kasih sayangku...sesungguhnya hanya ALLAH SWT saja yang tahu bagaimana hati kichik sekarang....:-D