January 28, 2009

Semalam

Aku suka hari ini
kerana
tidak sakit

January 26, 2009

Rambutku

Di helai rambutku
Terukir kata
Bawalahku ke syurga

Di hujung rambutku
Tersimpan seribu dosa
Menghumban Aku ke neraka

Di sentap rambutku
Sakit,
Baruku tahu tujuanmu.
(aku menangis)

Untuk Apa... Aku?

Untuk apa memandang
Sedang mata terpejam

Untuk apa berfikir
Sedang otak terpadam

Untuk apa berkata
Sedang mulut membisu

Untuk apa merasa
Sedang hati membuta

Untuk apa mendengar
Sedang cuping kau tutupkan

Untuk apa berjalan
Sedangkan tidak wujud
dalam waktu.

Untuk apa bernafas
Sedang nadi menafikan.

Untuk apa Aku
Sedang Aku tak mencari
Siapa Aku.
(aku yang hilang dalam diri)

7 Sign You're In A Disaster Relationship

1. Dishonesty – yourself or your partner
2. Communication – always ending up in an argument.
3. Putting the other on a pedestal and putting yourself down.
4. Destructive impulses
5. Compromise at your own expense.
6. Feeling enclosed or shutting yourself off from other friends.
7. Fear of losing the other person with everything you do.

Source : Reader’s Digest

January 22, 2009

Huhuhuhu :( My Hair

Sibuk

Malam sudah melelapkan mata
Pagi menyinsing lengan
Berpusu-pusu dijalanan
Perjalanan makin padat
Membuatkan waktu itu sendat

January 21, 2009

Fact Beneath The Misery

“If a human wouldn’t want to agree with a fact than they better to rest in peace with imagination”

Its true that fact is irritating but believe me it’s the cure of the pain.

For an example : when you fall in sick to take a tablet we give thousand and one reasons because its bitter but please remember to cure the pain that bitter tablet is the cure.

You’re afraid to take the fact but at the same time you believe in misery. It means be living in misery doesn’t give you much but it’s a game of cheating yourself.

Its not me to blame this episode of live because its common. I also have a misery but what I want is a fact of live. This is because we were trying to run away from the fact which realizes that fact is live not misery.

Do not lose your smartness by misery be smart with the fact. Isn’t it easy to take the fact.

Those Lovely Days

I miss that smile of yours (the girl who wears the black veil).

5 Lesson Of The Day

1. Sometimes we need somebody?

Of course everybody needs somebody at one moment... but do they care about it? Not everybody among the somebody do care but one person among the somebody did listen to me. Good listener i guess hope to be one. But, must i need the someone all the time i need someone or my beloved one should be the somebody. Isn't it a love nature that my love should be there hearing my sorrows not the somebody!

2. Sometimes we need understanding?

Of course understand or understood is an easy word but do we really know how to understand that person? Not by understanding what is my favourite colour or food... like i love Nasi Lemak and Roti Canai but understanding its all about capturing my mind... like i understand my love having a date with her admire is not a problem... so who know the word understanding more better now. Understanding is beyond this.

3. Sometimes we need the word sorry?

Sorry... Sorry... Sorry... Dont you get boring saying it more than once like i said before. Understanding is beyond this. Why must we say sorry to each other and i think in love there is no sorry. If once saying sorry happens in love than there is no time to talk but only to say sorry.

4. Sometimes we need space to be alone, dont yeah?

I always have a license for a private moment. But, what is there if you're not there even in privacy you're there. You know why, because you are a part of my soul but am i a parts of yours as well. Sometimes, i doubt it. Because i'm a crazy cup filled with an ice-cream called u my love...

(i'm smiling alone and alone but until when?)

5. Sometimes... not... always i need you?

I Really-really need you in my life for only one reason because you are my OXYGEN.

Permasalahan Tentang Perasaan 1

Aku tidak tahu sama ada itu perlu atau tidak tapi bagi Aku jika situasi itu membutuhkan cemburu ia perlu barangkali.

Cemburu
Memburu
Dalam
Perburuan
Perasaan

Cemburu
Cermin
Dalam
Keraguan
Perasaan

Cemburu
Hidup
Perasaan
Mati

Cemburu
Pergi
Perasaan
Hilang

Cemburu
Datang
Perasaan
Sayang.

Cemburu
Cemburu
Cemburu
Aku diburu perasaanmu
Aku hidup dalam perburuan perasaan
Kamu memburu perasaan Aku
(Aku tetap Sayang Kamu)

Inilah permasalahan tentang perasaan yang sentiasa ada jika kita sudah hidup berpasangan. Cemburu itu jika berpada mungkin perlu jika melampau itu sakit (bukan sakit sebelah pihak tapi kedua-duanya).

January 20, 2009

Caption.. Hahahehe.. By Blackberry

Aku lucu sekali

Aku Orang Kelabu

Aku orang kelabu
Tidak aku putih
Tidak aku hitam
Aku cuma malap
Yang muncul dalam cerah dan gelap

Si Chumel 2

January 19, 2009

Jual... Siapa Mau..

Kamera Filem model F65 ini mahu dijual dan kepada sesiapa yang mahukannya sila hubungi Aku ya.

Aku & Tika Dulu

Beberapa ketika dulu Aku membawa diri Aku untuk berfikir sangat tinggi seperti orang lain walhal pada saat dan tika itu Aku punya pemikiran yang sangat rendah, tidak tinggi pendidikannya dan berlagak seperti tahu tentang segala-galanya. Aku mulai memandang rendah hidup Aku dan Aku membuat penaakulan sendiri dan bertanya.

“Sampai bila Aku mahu memperbodohkan diri sendiri.”

Ehmmmm… Aku sering tersenyum bila mengenang masa lalu. Aku terlalu hipokrit dengan diri sendiri sehingga ke hari ini tapi tidaklah seteruk dahulu. Dan kini Aku masih lagi tersenyum.

“Aku berani mengatakan Aku hipokrit sebab manusia mana yang tak pernah hipokrit dengan diri sendiri.”

Aku cuba pertingkatkan pemikiran Aku dengan sedikit membaca (Aku tidak suka membaca sebenarnya) dan menonton kehidupan yang berjalan dalam hari-hari Aku juga melalui perbincangan dengan teman-teman rapat.

Aku dahulu ingin sangat menjadi yang terbaik sedangkan ia terbalik. Aku tercorot barangkali. Tapi kalau ditanya pada Aku hari ini…

“Masihkah Kau yang terbaik?”

Aku akan menjawab.

“Tidak, Aku si corot yang ingin melakukan sesuatu itu dengan lebih baik. Aku yakin Aku mampu lakukannya.”

Itu yang Aku belajar dari dunia yang makin dewasa ditelan hari. Usia Aku juga makin meningkat. Aku perlukan perubahan dan ia harus bermula dari dalam diri Aku. Aku tidak merasakan diri Aku ini pelik sebab Aku tahu masih ramai mereka yang pelik di luar sana yang punya 1001 macam karakter.

Kata-kata akhir dari Aku :

“Jangan terlalu mementingkan orang lain sehingga lupa kepentingan diri sendiri, Jangan terlalu pentingkan kepentingan diri sendiri sehingga melupakan kepentingan orang lain.”

“Bukan kita sahaja yang wujud dalam dunia ini, masih ramai yang ada di sisi kita.”


Sekian sahaja untuk kali ini, Aku mahu ke jendela dan menonton anak-anak yang terserlah keriangannya sedang bermain di taman. Hehehehehehehe…

January 18, 2009

Aku

Tulisan Lama Aku

Tanggal 2 April 2008 yang lalu telah menyaksikan satu pertemuan diskusi yang berlaku secara tidak sengaja bersama seorang gadis yang dilahirkan dengan nama Nurul Mardhiah Binti Shamsudin atau lebih dikenali dengan panggilan ‘N’. Perbincangan ini agak hangat barangkali, sehangat cafe di tempat aku. Perbincangan ini sebenarnya mengenai 'lelaki dan wanita'. Sungguhpun begitu, ingin difahamkan di sini 'Lelaki dan Wanita' ini bukanlah versi remaja keluaran karangkraf.

Siapa Lelaki? Siapa Wanita? Masih ingat kata-kata klise ini "Wanita itu dicipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok, dan sudah menjadi tugas lelaki untuk meluruskannya.". Aku amatlah tidak menyetujui kata-kata klise ini pada awalnya. Kenapa wujudnya perumpamaan seperti ini? Jika, seorang lelaki itu ingin meluruskan sesuatu yang bengkok nescaya tulang rusuk itu akan patah. Tetapi sekarang ada yang tersirat disebalik yang klise ini. Antara bengkok dan meluruskan. Bengkok itu bagaimana ia harus diluruskan? Jawapannya adalah bimbingan. Jika bimbingan yang lelaki itu berikan pada wanita adalah baik maka lurus jalannya. Jika tidak simpang siur lorongnya. Tetapi untuk membimbing seseorang kita harus membimbing diri sendiri dahulu.

Semua manusia akan, pasti, pernah dan sentiasa jatuh cinta. Semua manusia akan merasakannya. Jangan tipu tau. Tetapi, adakah manusia ini tahu apa itu cinta "Cinta sesama manusia kerana manusia atau Cinta sesama manusia kerana Tuhan.". Perkara ini individu itu yang harus renungkan! Individu itu harus jelas! Untuk apa manusia itu bercinta? Dan untuk apa manusia dicipta untuk merasai rasa cinta itu atau mungkin aku boleh katakan sebuah kasih sayang yang tiada tolok bandingnya... Mungkin kamu lebih faham bukan, apa yang aku cuba maksudkan? Dan bagaimana ia dijadikan sebagai satu bimbingan dalam kehidupan kita. Itupun kita harus jelas kerana cinta bukan perkara main-main.

Sesuatu yang pelik tentang lelaki dan wanita ini adalah tidak kira apabila mereka bercinta atau berkahwin pasti akan ada benda yang amat sukar untuk dikongsi bersama. Aku pun jadi pelik apabila fikirkannya. Ehmmmmmm... Dengan menggunakan alasan "Tak semua benda kita boleh kongsi.". Tak ke korang semua rasa yang ayat ni dah terlalu kuno untuk di pakai sebab dunia sudah lebih bertamadun. Hadoi... Aku tak tahu... Susah sangat ke nak kongsi... Apa perlunya lelaki dan wanita itu mempunyai sebuah perhubungan yang cukup bahagia sedangkan tidak berkongsi apa-apa. Ada la, kita berkongsi hati dan perasaan itukan dah cukup bahagia. Kitakan dah bersatu. Ya Tuhan... Bahagia tanpa kerisauan... Tiada kebahagiaan yang mutlak di dalam dunia ini walaupun hati dan perasaan bersatu, pasti akan ada sedikit kecewa.. Pasti akan ada gundah gulana... Tapi kita tidak akan sesekali sedar bila ia datang. Walaupun kita tersenyum gembira tapi kita rasa kecewa itu dalam keadaan tidak sedar. Yang kita tahu kita dapat merasakannya. Cuma satu nasihat aku, anggaplah kecewa itu permulaan kepada bahagia. Jika ada masalah, pertanyaan, persoalan, gelisah, tangis dan tidak kiralah kamu itu lelaki atau wanita silalah kongsi jika kamu benar-benar yakin yang lelaki atau wanita itu memang diciptakan untuk kamu. Kamu tidak akan rasa sedikit penyesalan pun jika kamu berkongsi segala apa yang kamu rasa dengan insan lain sesungguhnya ia adalah sebuah proses pembelajaran untuk kita lebih mengenali diri sebab kadang-kadang kita pun tak faham diri kita.

Kesucian! Bercakap tentang kesucian orang akan kaitkan dengan segala kebaikan tetapi mereka tidak tahu di dalam segala kebaikan itu ada keburukannya dan di dalam keburukan itu punya kebaikannya. Manusia di dunia ini, kamu harus tahu tiada yang benar-benar baik dan tiada yang benar-benar jahat. Persoalan? Dimanakah letaknya kesucian seorang lelaki? Dimanakah letaknya kesucian seorang wanita? Ini adalah tanda tanya yang sentiasa berlegar di kepala 'Lelaki dan Wanita'. Dara atau tiada dara? Teruna atau tiada teruna? Bagaimana untuk membezakannya? Adakah penting bagi kamu [lelaki] untuk memilih yang masih dara atau tidak? Adakah penting bagi kamu [wanita] untuk memilih yang masih teruna atau tidak? Persoalan di kepala wanita "Teruna, macam mana nak tahu lelaki itu masih teruna.". Begitu juga lelaki, mereka akan memikirkan perkara yang sama. Aku sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menulis mengenai ini dengan lebih lanjut kerana aku masih lagi tidak khatam. Tapi aku percaya akan satu perkara kesucian itu berada di hati untuk melawan syaitan yang ingin membinasakan diri dan bukannya memperhambakannya sekaligus memperdagangkan maruah ke lembah neraka yang hina hingga susah bagi kita untuk mengapainya kembali. Panasnya aku nak maruah aku balik... hahahahaha... sampai bila pun susah kau nak dapat balik sebab kau dah campak ke neraka yang hina. Menangis pun dah tak guna kalau tak insaf. Air mata itu bukan apa. Kalau air mata tu jatuh pun ia hanya akan menyeksa bumi ini. Setiap air mata yang jatuh seperti ada satu kejutan yang menggegarkan bumi ini. Jangan seksa bumi ini sesungguhhnya kamu hidup diatasnya jika kamu seksa sama seperti kamu menyeksa diri kamu sendiri. Ya Tuhan sangat menyakitkan. Menyakitkan dan memeritkan. Adakah kamu mahu hidup begitu? Renungkan.

Pendam... Apa dia boleh ulang sekali lagi? Kalau ada masalah PENDAMMMMM.... Cukup! Pekak telinga aku. Pendam ye... Aku nak tengok sejauhmana manusia itu boleh pendam. Mesti boleh punya lama-lama hilang la masalah itu. Ehmmmm... hilang ye, kalau masalah tu muncul balik macam mana. Bercerita tentang pendam hanya ada 2 perkara yang menyakitkan iaitu memberi kesakitan dengan menyiksa perasaan dan diri sendiri kerana berusaha memendamkan perasaannya terhadap sesuatu masalah dan yang kedua berusaha sedaya upaya untuk menipu diri sendiri dari menerima kenyataan. Ya Tuhan, amat-amat menyakitkan. Habis tu kau nak aku buat apa? Kalau kau bertanya soalan dan aku akan jawab. Ada ruangan komen di bawah. Sekian untuk kali ini, Terima Kasih.

Pagi Hari Itu... Tenang..

Kalau ditanya sekarang jam berapa? Aku akan jawab sudah jam 5.20 Pagi bertarikhkan 17 Januari 2009.

Jika kamu tanya apa yang Aku lakukan sekarang jawabnya mudah sahaja duduk di atas kerusi di tepi jendela hanya menanti matahari terbit itupun jikalau Aku tidak mengantuk dan ingin terus tidur.


Aku penat sangat tapi tadi sebelum pulang masih lagi melepak di warung mamak bersama teman-teman diskusi berdiskusi bermacam-macam dan segala jenis hal, ketawa sehingga pagi, mata ini penat tapi di tahan hanya kerana ingin bergembira.


Itulah kehidupanku jika boleh tidak ingin Aku menangis, hanya ingin ketawa dan bergembira. Hehehehe… Tapi apakah itu mungkin… Tinggalkan Hal ini… Embun pagi ni sudah mulai turun sejuk sekali, badan sudah rasa sengal-sengal.

Aku ingin lihat matahari naik.. Eh, Aku dengar ayam berkokok. Aku di tingkat 12 boleh dengar ayam berkokok. Gembira dan rasa lucu suasana desa masih wujud di Bandar. Tapi apa akan daya bunyi ayam itu hanya untuk seketika selepas ditutupi oleh bunyi-bunyi berat dari kenderaan-kenderaan besi.


Azan subuh sedang menunggu masa untuk berlabuh di cuping telinga manusia-manusia yang sedang tidur supaya bangun dan lakukan tanggungjawab mereka. Aku juga diingatkan untuk tidak melepaskan tanggungjawabku. Aku sudah mengantuk. Tidak dapat Aku langsaikan tanggungjawabku. Aku ingin tidur. Adakah azan subuh akan mengejut Aku untuk bangun semula. Mungkin tipis untuk Aku bangun. Kadang-kala sengaja Aku tinggalkan tanggungjawab Aku di waktu pagi meskipun Aku terjaga.

Ada motor di bawah tapi sebentar sahaja Aku dapat melihat ia sudah berlalu pergi. Kereta juga sama. Semua juga sama. Hari yang gelap ini juga akan pergi kerana hari yang cerah itu menunggu peluang untuk sinari semula. Ayam berkokok lagi. Aku masih dengar Cuma ia jelas dan tidak jelas adakalanya kokokan ayam itu jadi kuat. Kalau di kampung pasti bunyinya seolah-olah di sebelah telinga. Hehehehehe… Seronok juga jika pulang ke kampung sekali-sekala.

Kampung Aku ada dua jika ikut sebelah Abah di Kelantan dan jika ikut sebelah Mama di Sarawak. Jika ikut Aku kampungku di Negeri Sembilan kerana Aku dilahirkan oleh Mama di situ. Aku segan untuk menyebut ini tapi Aku sayang Mama. Aku juga sayang Abah. Rindu untuk pulang ke Negeri Sembilan dan rindu sangat untuk berjumpa mereka tapi Aku ada satu perangai pelik iaitu tidak suka dipaksa untuk pulang ke kampung atau rumah. Aku lebih suka jika Aku sendiri yang mahu pulang. Tapi, jika mahu tunggu Aku pulang gila lambat.


Kereta dah banyak atas jalan raya, Aku dekat tingkat 12 dah bosan dengar bunyi bising. Aku mahu tidur. Selamat tinggal semua. Aku mahu tidur. Kamu juga tidur ya. Tidur dengan nyenyak dan eh, pak cik bas dah memulakan tugasnya. Tapi, takpe Aku masih mahu tidur. Tidur dulu ya. Jumpa lagi nanti. Daaaaaaaaaa….

January 14, 2009

Si Chumel

Model 2

bulanmalam Blog Lamaku

Bila malam memunculkan diri bulan pasti ada bersama. Aku lihat dan teringat akan blog lamaku yang telah Aku delete dari ruangan maya ini. Dulu blog lama Aku namanya bulanmalam.wordpress.com.

Aku masih lagi menyimpan kenapa Aku mewujudkan bulanmalam.wordpres.com

Kenapa BuLaNMaLaM?

Kenapa dan mengapa aku mewujudkan "BuLaNMaLaM.wordpress.com"?
Pertama-tamanya di atas dunia ini aku wujud sebagai Khalifah.
Untuk memberitahu dan diberitahu.
Yang mana betul dan yang mana salah.
Aku juga tidak pernah selalunya betul.
Aku juga tidak pernah selalunya baik.
Aku juga sering melakukan kesilapan.
Aku kadang-kadang MaLaM dan BuLaN menyinari kehidupan.
Dan BuLaN itu adalah kamu.
Dan MaLaM itu adalah aku.
Kerana kamu, aku bahagia.
Kerana kamu, aku sudah tidak kecewa.
Kerana kamu, aku tidak sendiri lagi.
Terima Kasih BuLaN menyinari MaLaMku.
Aku sayang Kamu.


Aku rindukan blog lama itu. Tapi itu hanya kenangan yang akan Aku simpan dan sampai bila-bila akan Aku ingat.

Kelas Aku Batal

Hari ini Aku dikejutkan awal oleh Kiki Grindawangsa kerana Aku menumpang tidur dirumahnya untuk menyelesaikan tugasan video pendek 'Halalkan Aku'.
Ceritanya begini,
Aku dikejutkan pada jam 6 pagi. Tapi disebabkan kepenatan dan kelewatan tidur pada malam hari telah membuatkan Aku masih terbaring. Jam 7 pagi Aku bergerak untuk ke sekolah dan belajar tetapi sesampai je Aku di situ. Apa yang terjadi. Aku terima mesej dan Ketua Penyelaras Fakulti bahawasanya kelas yang patut Aku hadiri pagi itu telah dibatalkan sedangkan 1 hari yang lalu Aku menerima mesej yang kelas akan diadakan seperti biasa.
Keluhan Aku,
Untuk apa Aku bangun pagi-pagi jika kelas sering batal. Aku penat. Tak boleh ke bagi tahu awal sikit. Ini tidak Aku dah sampai baru nak inform memang Aku amat-amat sakit hati. Hadoi hai...
Harapan Aku,
Janganlah kelas pukul 2 petang nanti dibatalkan. Jika dibatalkan lagi, Aku hanya mampu tersenyum kerana sudah Aku membazirkan masa dengan begitu sahaja. Ada baiknya, jika Aku duduk di rumah dan goyang kaki sambil menonton televisyen.
Dan jika pagi begini Aku rasa masih lagi enak untuk tidur sehingga petang.

Kenangan Waktu Bercuti

January 13, 2009

Aku Suka Mimpi-Mimpiku

(Untuk kanak-kanak Palestin yang mahukan tidur nyenyak)

Malam-malam mimpiku indah
Tidak dihujani letupan merah
Tidak dibasahi senyum parah

Aku suka mimpi-mimpiku

Malam-malam mimpiku indah
Melihat ibu ayah dodoi lagu merdu
Asyik dan
Tidurku nyenyak sekali
Aku suka mimpi-mimpiku

Malam-malam mimpiku indah
Seindah syurga yang dijanjikan Tuhan barangkali
Tidak segelap dulu
Selalu menangis dan menyorok sana-sini
Aku suka mimpi-mimpiku

Malam-malam mimpiku indah
Aku tidak mahu terjaga
Kerana terjaga melihatkan Aku
Kejam
Aku hilang mimpi-mimpi indahku
Pulangkan mimpi-mimpi indahku
Pulangkan mimpi-mimpi indahku
Aku tidak mahu terjaga lagi
Aku dahaga untuk tidur
Aku mahu bersama mimpi-mimpiku.
(Aku menangis)

Cap'Cha

Model : Bicarasamaawan
Photographer : Aku
Lokasi : Dalam Feri

January 12, 2009

Cendol & Rojak

Photographer : Ferdaus Nadzir

Mamat ASWARA Main Trumpet

Singgah@KLCC

Singgah sebentar di KLCC hanya untuk berteduh dan melihat Malaysiaku

Kelas Sudah Bermula...

Jadual petanda kelas sudah bermula

Aku Tiada Tulisan Baru

Aku tiada tulisan baru
Hati rasa gundah
Kepala jadi bangang
Otak hilang

Aku tiada tulisan baru
Tiada entri
Tulisan tiada isi
Baca, Sakit hati

Aku tiada tulisan baru
Malas, tiada isu
Otak lesu

Aku tiada tulisan baru
Entah bagaimana harus di rencana
Di tulis sengsara paksa
Di baca merana jiwa

Aku tiada tulisan baru
Belum Aku fahami lamanya
Tulisan lama itu

Jadi,
Tiada Aku tulis yang baru
Aku tiada tulisan baru

Sapu Tangan

Sapu tangan ini pemberian orang kesayangan Aku "Nur Syaima Nabila". Sapu tangan ni akan sentiasa ada dekat dengan Aku.

Model

Pic ini di snap oleh Bicarasamaawan lalu di crop oleh aku. Model fesyen show Festival YOUTH '09

January 11, 2009

Bedil & Bedal

Mereka membedil tapi kita masih membedal

Suara Aku

Aku tidak suka berpuisi
Suaranya kata-kata manja
Dibisikkan itu di sisi cupingku

Aku tidak suka berpuisi
Disusun indah suaranya,
manis berbagai
Itu yang dilontarkan di depan mukaku

Aku suka berpuisi
Bukan kerana manja
Bukan kerana indah
Hanya kerana suara
Iaitu
Suaraku.
(aku senyum sendiri)

Waktu Itu

Malam sudah melelapkan mata
Pagi menyinsing lengan
Berpusu-pusu dijalanan
Perjalanan makin padat
Membuatkan waktu itu sendat

Mereka & Pose

Pantang Lensa di depan pasti mereka lakukan lagak begitu. Aku tidak terlepas juga, tapi sayang gambar Aku tiada. Ehmmmmm...

Adik & Akak


Kawan Baru


Dari kiri Aku kenalkan,

Que, Idayu, Najiha, Raudhatul Jannah, Naz, Jimmy.

Que adalah membe Aku yang mana baru ketemu tadi tatkala sudah 4 tahun tidak berjumpa apatah lagi untuk bertegur sapa.

Idayu, Najiha, Naz, & Jimmy mereka ini baru Aku kenal tadi amat meminati fotografi.

Raudhatul Jannah, yang seorang ini pula cenderungnya di lihat lebih kepada puisi dan sastera.

Siapa mereka?

Mereka adalah kawan baru Aku.

January 8, 2009

6 Januari Yang Lalu


6 Januari 2009 lebih kurang jam 11 barangkali. Maaf ya, Aku tidak dapat memberitahu masa yang tepat dan jelas kerana tidak suka memakai jam tangan cuma sesekali memandang jam di telefon bimbitku.

Aku di mana?

Kemunculan julung kalinya Matahari untuk tahun 2009 di Shah Alam telah membuat sang bulan ini terkejut barangkali… sehingga menjerit-jerit di dalam rumah selepas menutup pintu secara spontan kerana tidak menyangka Aku ada di depan pintu rumahnya. Berdiri teguh bersama cinta.

Aku sweet?

Ntah la tak tau nak cakap macammana. Jelas sekali Aku melihat wajah yang comel di hadapan Aku, terkejut yang mana matanya jadi bulat buat seketika. Comel sekali.

Siapa comel?

Tentulah gadis yang paling Aku sayang Nur Syaima Nabila yang mana jika diijinkan Tuhan ia akan menjadi isteriku yang SAH kelak dan Aku amat-amat nantikan detik itu bermula. Aku berdoa yang ia akan bermula dengan cukup bahagia dan pengakhirannya juga bahagia. Pengisiannya biarlah cukup rasa dan punya warna supaya ada pengajaran dalam mengejar erti kebahagiaan bersama. Sayangku, maafkan Besaq kerana hadir tanpa diundang tapi hati ini sangat tidak dapat menahan rindu dan diri ini amat-amat inginkan kamu. Setiap hari Aku rindu untuk melihat wajah dan paling penting senyuman kamu yang manja.

Aku sudah tidak dapat menulis kerana perasaan ini sangat kuat sehinggakan Aku tidak dapat menulis tapi yang pastinya perasaan ini tersangatlah bahagia.

Aku bahagia?

Ya, Aku bahagia kerana ada dia yang diutuskan oleh yang maha kuasa untuk bersama dan menyedarkan Aku tentang beberapa silapku yang mungkin mata Aku tidak dapat melihatnya.

Siapa Dia pada Aku?

Dia Nur Syaima Nabila, gadisnya baik dan comel bila senyum manis sekali. Bukan memuji kerana dia kekasihku tapi menyatakan apa yang benar bila Aku memandang wajahnya. Lain Manusia lain interpretasi. Jadi inilah dia pada Aku, seseorang yang akan Aku SAYANG. Yang akan Aku SAYANG sampai keakhirnya.

BESAQ SAYANG KICHIK?

YA, SAYANG SANGAT SEPERTI YANG DINYATAKAN DI ATAS SAYANG SAMPAI KE AKHIRNYA.

January 5, 2009

Moms.. Where Are You..


Januari '09

Pusat Pendidikan Pengetahuan Tertinggi Malaysia sudah di buka semula dan ramai pelajar yang berpusu-pusu pulang dari desa ke Bandar untuk menyambut tahun baru.

Kenapa dengan Aku?

Aku masih di situ dan tetap sama. Masih hensem berdiri di jendela dan balkoni seperti tahun-tahun sudah, lalu Aku menatap langit dan merindu. Kekasihku juga pulang ke Universiti. Pesan Aku buat kekasihku..

“Jangan gatal-gatal ya… REMEMBER, I LOVE YOU.”

Jangan marah ya kekasihku, Aku hanya bercanda sahaja untuk seketika menghibur hati sekalian pembaca (sepertinya Aku ini ramai pembaca).

Aku daftar masuk Universiti Januari 5 2009. Aku harap tiada subjek yang harus di ulang semula. Kenapa? Ini kerana Aku tidak mahu membuat tambahan tahun pengajian. Doakan kejayaan Aku ya kawan-kawan. Semoga Keputusan semesta 5 Aku ini mengembirakan kerisauan di kepala Aku. Aku tidak mahu pening lagi.

Akhir sekali, Tahun 2009 juga akan menyaksikan bagaimana Aku menempuh alam pekerjaan. Alam yang lebih dewasa tanggungjawabnya untuk Aku tempuhi. Hahahahaha….

Ada Yang Menyibuk

Kenapa ada yang menyibuk sebab ada budak muka dia masuk bukan separuh tetapi suku itupun secara spontan. Hehehehehehe...

Model : Aishah
Model : Awin a.k.a Walking Dream
Lokasi : Subway Pavilion
Photografer : Aku [Promote skit je]


p/s : Abang Apul ucapkan Maaf kepada Awin kerana wajahnya nampak suku je. Jangan mare ya. Pic dekat bawah pun jangan mare ya.

Wany, Jangan Mare....

Pic ini telah di edit...

Ini Pic asal, kepada jejaka yang terpegun melihat wajah ini. Gadis ini belum berkahwin, masih single. Ingin berkenalan taip ON CINTA ke 32333. Hehehehehe... Pesanan ikhlas Abang Apul kepada Wany, Abang Apul minta maaf jika Wany terasa dengan statement di dalam Pic di atas. Sesungguhnya ia sekadar di pinggiran [Francessca Peter]. Eh bukan, ianya hanyalah sekadar hiasan memandangkan ramai insan kita yang bercerai di Malaysia tercinta ini. Akhir sekali, "Sebuah perhubungan itu bukan hal untuk dipermainkan, jagalah ia seperti sehelai sutera putih dan coraklah ia dengan baik supaya indah dipandang manusia." Sekian, Terima Kasih.

Model : Wany
Lokasi : Subway Pavilion
Photografer : Aku [gila promote]
Statement : Aku juga yang buat [gila promote lagi]
Statement Buat : Ditujukan kepada mereka yang tidak menghargai sebuah perhubungan dan membuat keputusan melulu sebelum berfikir, selagi ada keringat cubalah untuk selamatkan sesebuah perhubugan itu.

Memories

Pic ini di capture di tangga PAVILION sebelum kami berlima di halau oleh Pak Guard. Kenapa dalam pic ni ada 3 orang dan bukannya 5 orang sedangkan 5 orang yang dihalau oleh Pak Guard? Jeng... Jeng.. Jong... Jongos.... Jawapannya mudah aja kerana 2 orang lagi sedang sibuk bercinta. SAYANG, REMEMBER I LOVE YOU. Hehehehehe...

Pengantin Perempuan Tahun Baru


NAWWAR, Pengantin Perempuan Tahun Baru yang melangsungkan Majlis Akad Nikahnya pada 01-Januari-2009. Aku paparkan dahulu sebahagian dari wajahnya sebelum terus kepada ceritanya. Bahagian ini akan ada sambungan... Hehehehehe...

Anak Buah AKU


Ni pic anak buah AKU yang baru namanya MUHAMMAD AIMAN.

Singgah-Singgah MALAYSIA





Crew Singgah-Singgah MALAYSIA kali ini membawa kami ke PORT DICKSON dan juga PULAU PANGKOR. Persinggahan seterusnya mungkin kita boleh merancang dari sekarang. Ada yang berminat untuk turut serta. Hubungi saya di blog ini...

CINTA ITU UNTUK SIAPA [episod 1]

Dah lama rasanya tidak Aku coretkan kisah cinta di dalam ruangan Blog ini. Dan ini episod pertama untuk semua.

CINTA ITU UNTUK SIAPA

Perjalanan dalam hati ini amat susah tetapi untuk berjalan sangat senang tempuhi segalanya membuatkan kita teruja. Satu saat itu,

ALYA
“Awak puas dengan apa yang dah awak buat.”


Situasi itu hanya senyap dan membuatkan kita tertanya ‘Cinta Itu Untuk Siapa’.

ALYA
“Seronok jadikan Saya bahan permainan.”


Situasi tidak berubah, kita akan rasa makin sakit.

IS
“Putus, bukan sebab Awak tapi Saya dah tak sayang Awak. Harap jelas dan Faham.”


Jawapan yang diberikan itu amat mudah tapi siapa yang sanggup menahan selepas segalanya dicurahkan. Bila sayang setiap pengucapan itu sangat bahagia. Bila cinta segala impian jadi nyata. Bila benci cinta itu umpama neraka. Cinta kita ini untuk siapa.

ALYA
“Cinta Aku untuk siapa.”


Pada satu hari itu… Kita tak sedar apa yang terjadi di sekeliling kita. Berlaga dengan siapa pun kita tak perasaan sebab kota sesak tapi bila hati tergerak untuk melihat sesuatu kita akan tetap berpaling. Siapakah orangnya?

HAIKAL
“Maaf, tak sengaja. Awak tak apa-apa kan? Maaf ya.”

ALYA
“Saya ok.”

HAIKAL
“Saya gerak dulu ya. Maaf.”

ALYA
“Ya, sudah dimaafkan. Silalah gerak sekarang.”


Dalam perjalanan itu, kita akan sentiasa teruskan perjalanan tapi hari- berganti-hari, masa kian cepat cemburu. Kita tak kan pernah sedar yang kita akan temui seseorang itu lebih dari sekali dan kita juga tidak akan menyangka yang kita akan ditegur sapa oleh seseorang itu secara spontan di kedai mamak.

HAIKAL
“Maaf, awak budak yang saya langgar tempoh harikan.”

ALYA
“Saya tak pernah kena langgar kereta.”

HAIKAL
“Bukan kereta tapi Saya.”

ALYA
“Awak...”

HAIKAL
“Masa tu awak jatuh…”

ALYA
“Cinta…”


Kadang-kadang apa yang kita kata boleh menyebabkan seseorang itu senyap, jika seseorang itu tahu yang yang kita bergurau ia akan turut ketawa dan jika seseorang itu tidak tahu yang kita ini bergurau ia akan merah tersipu malu.

ALYA
“Aku kenal kau. Tadi tu gurau je. Kau nak apa, tegur Aku ni.”

HAIKAL
“Ta.. tak.. Maaf sebab langgar awak hari tu.”


Maaf lagi. Sampai bila maaf itu harus diungkapkan. Benar jika berbuat salah haruslah meminta maaf tetapi jika sering diminta untuk dimaafi marah jadinya nanti. Perasaan sama macam cuaca sering berubah-ubah.

HAIKAL
“Kenapa Aku jumpa dia lagi ya atau Tuhan sengaja ingin menemukan Aku dengan dia.”

Bersambung…
(Nantikan Episod 2)