August 6, 2009

Alam Kerja

Setelah 16 tahun membanting tulang untuk belajar dari UPSR, PMR, SPM, STPM, DIPLOMA. Akhirnya Aku berada dalam Alam kerjaya yang sebenar. Siapa tahu Aku mampu untuk menghabiskan pengajianku selama 23 tahun hidup di atas dunia ini dan selepas dari hari ini. Aku hanya mampu tersenyum untuk bekerja dan membanggakan mereka yang mengambil aku bekerja. Kalau mereka tidak memberi Aku peluang ini entah sampai bila Aku akan dapat.
Setiap hari bekerja membuatkan Aku berfikir akan tanggungjawabku dimasa hadapan. Aku mahu menjadi seorang yang bertanggungjawab di dalam segala urusanku. Biarpun perkara itu sekecil dan sekelumit kuman.
Aku mahu mengubah tanggapan manusia yang memandang rendah akan Aku. Jadi Aku akan berusaha...

July 4, 2009

Halalkah Aku (kisah seorang gadis - episod 1)

Aku seorang perempuan simpanan separuh masa dan kerja Aku yang separuh lagi menjadi tenaga pengajar. Mengajar mengaji anak-anak di kejiranan, hanya untuk menutup beberapa silapku. Anak muridku rata-ratanya memanggil Aku ustazah tetapi lelakiku memanggil Aku dengan panggilan baby. Nama Aku Aisyah. Nama Aku sangat cantik bukan tapi sifat Aku... Aku ketawa kecil. Aku ada seorang adik nama adikku Ahmad.

"Ahmad, bangun dah pagi ni. Nanti lambat nak ke kelas."

Begitulah Aku setiap pagi. Mengejutkan adikku bangun dan menyediakan sarapan untuknya selepas itu dengan segera Aku menutup susuk tubuhku dengan baju yang layak buat seorang ustazah sarungkan dan seterusnya menghantar adikku ke sekolah. Pulang seperti biasa Aku terus ke surau mengajar mengaji. Wajahku kelihatan ayu tika memakai hijab.

Begitu jugalah Aku setiap malam. Pasti akan menjelma dalam susuk tubuh yang montok di depan lelaki-lelakiku. Justeru itu, Aku melakukan tugas keghairahanku. Aku jadi lemah bila tubuhku dilidahi oleh lelakiku. Selepas Aku menjemput adikku dari sekolah, Aku akan pastikan makan malam dan segalanya disediakan dengan cukup kerana Aku ada kelas malam kononnya. Itu sahaja caranya untuk Aku keluar pada waktu malam dan bergembira bersama lelaki-lelakiku. Dan yang pastinya dengan teknologi yang ada Aku pasti mencari kawasan yang cukup jauh dari luar Kuala Lumpur dan Selangor untuk bergembira. Aku budak yang pandai cuma Aku tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran ekoran dari kesempitan wang dan dihimpit pula dengan kemiskinan. Perbuatan Aku tidak diketahui oleh umum kerana Aku telah menutup mulut-mulut lebai dikejirananku dengan dadaku yang tembam. Aku pun bukan suka sangat nak buat semua ini. Aku benci bapak Aku...

"Marilah, Ayah usik sikit je?"

Macam itulah ceritanya dari sikit kepada bukit. Macam menabung. Aku pernah berfikir masihkah ada lelaki yang boleh Aku panggil suami suatu hari nanti. Itu cerita dulu, selepas setahun Aku berhenti dari mengajar mengaji. Aku membawa adikku Ahmad berpindah ke tempat lain. Aku sayang adikku dan untuk kebaikan dirinya Aku telah menjual Ahmad kepada keluarga yang mampu untuk memberikan Ahmad didikan agama yang sempurna. Tempat Ahmad bukan bersama Aku.

"Kenapa Kak Aisyah buat Ahmad macam ni."

"Ahmad jangan menangis ya... Akak akan datang jemput Ahmad satu hari nanti."


Aku sudah pandai menipu adik kesayanganku. Walau setiap malam Aku menjadi ayam yang disuntik jarum emas bila terkenangkan adik, pasti Aku akan menangis. Aku kesat air mata Aku. Aku seorang call girl yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

"Kenapa Kau buat kerja ni?"

"Aku rasa ramai lelaki suka kalau Aku buat macam ni."


Lelaki itu hanya tersenyum lalu Aku pun mengucup senyumannya itu. Malam tadi cukup sempurna untuk kupu-kupu terbang dan pagi ini...

"RM 2000.00 ni untuk Kau."

"Terima kasih."

"Kawan-kawan Aku mesti suka."

Aku tersenyum bila lelaki itu mengeluarkan kata-kata itu seolah-olah Tuhan membuka pintu rezeki buat Aku.


Bersambung...

June 22, 2009

Kapal Terbang Kertas (New Version)

Aku hanya berdiri di tepi balkoni melihat langit yang luas terbentang. Suasana malam ini sangat indah dan tenang melihat bulan yang mendapatkan cahaya dari matahari.

Dulu Aku pernah membaca sebuah kisah fantasi ‘Kapal Terbang Kertas’ kisah cinta mengenai Pungguk dan Bulan di Alam Semesta yang berakhir dengan kematian tetapi yang bahagianya ia mati bersama dengan cinta yang kekal untuk selamanya.

Aku
Entah bila Aku akan berjumpa Cinta sesetia itu.

Aku pun melepaskan sebuah kapal terbang kertas yang telah sempurna di lipat ke atas udara yang mampat sebelum membaling dan menerbangkannya. Aku pun memalingkan diri. Kemudian Aku ditegur.

Cinta
Kapal Terbang Kertas siapa ini?


Aku terperanjat dan memalingkan semula wajah Aku. Aku melihat seorang gadis berpakaian serba putih terapung di udara. Aku terpaku…

Aku
Siapa kau.

Cinta
Aku bernama Cinta.


Aku
Kau datang dari mana?


Cinta menunjukkan bulan. Cinta mengembalikan semula kapal terbang kertas itu kepada Aku dan buat kali pertamanya Aku melihat tanpa mengelipkan mata seolah-olah di pukau.

Aku
Nama Aku, Aku Indra.


Cinta hanya tersenyum pada Aku dan lenyap secara tiba-tiba hanya selendang putih yang dipakainya ditinggalkan buat Aku. Adakah benar kisah fantasi yang Aku baca itu?

Bersambung…

June 17, 2009

Manisnya Sebuah Kematian (Episod 1)

Adakah Aku pernah mati? Tidak! Tapi Aku akan rasainya suatu hari nanti… Bukan Aku sahaja kamu jua pasti menantikan hadirnya dan akan bertanya “Maniskah sebuah kematian?”

Muka makin pucat… Masa mungkin sudah tiba… Aku seolah-olah melihat kembali salasilah dosa-dosa yang pernah Aku lakukan tatkala bermulanya akil baligh dalam diri Aku.

Aku menangis apabila melihat salasilah dosa itu. Ia seolah menghukum Aku sebelum tempoh hayatku tamat, yang mana saat ini adalah bibit akhir untuk nafas Aku dihembuskan.

“Kenapa jadi macam ni?”

Nafas Aku seolah-olah menafikan nyawa Aku dan hayat Aku seolah-olah bersambung untuk Aku melihat betapa peritnya hidup Aku yang dulu di saat tubuhku sihat. Melihat salasilah dosa ini adalah hukuman yang sangat berat bagi mati sebelum hidup di alam barzakh. Aku terus menangis, air mata Aku tidak kembali dari sudut mata Aku sebaliknya air mata Aku mengalir di mata-mata mereka yang pernah Aku khianati.

“Celaka, kenapa Aku tidak mati lagi… kenapa salasilah dosa ini diperlihatkan sebegini rupa tariklah nafasku cepat.”

Disaat ingin mati pun Aku masih menyebut celaka. Adakah mati Aku dipercepatkan atau dilambatkan.

“Kenapa kau nak sangat mati.”

“Sebab Aku tak nak melihat azab segala dosa Aku… Nanti… Kau siapa…?”

“Kau terperanjat di saat nazak macam ni pun kau mampu mendengar dua suara. Aku bukan deria ke-enam kau. Aku suara dari dalam diri kau yang mahu kau melihat semula semua kesalahan kau. Tapi Aku nak ingatkan Kau ketika hidup Kau boleh mengawal Aku tapi ketika Kau dalam saat nazak begini segala kawalan di tangan Aku. Aku tidak akan biarkan Kau mati dengan begitu mudah. Sebab Aku nak Kau lihat betapa indahnya hidup Kau dahulu.”

“Tapi, kenapa sekarang…?”

“Sebab semasa Kau hidup dahulu, Kau tak pernah endahkan Aku. Kau tidak pernah sedikitpun mahu insaf. Kau melakukan segalanya sambil lewa sehingga ibu yang kandungkan kau pun kau caci. Anak apa kau ini? Aku rasa kau patut lihat bagaimana seksanya Ibu Kau ketika melahirkan Kau sebab semuanya bermula dari situ. Aku hantar Kau ke sana untuk Kau lihat dunia awal Kau ketika Kau menangis buat kali pertama.”

Mata Aku sakit melihat cahaya putih yang berkilau. Aku melihat semula bagaimana Ibu Aku melahirkan Aku. Ibu Aku mengerang kesakitan. Aku masih lagi tidak keluar. Aku menangis tapi Air mata itu mengalir di mata Ayah yang mahukan Ibu dan Aku selamat. Kenapa ketika Aku hidup Aku tidak Aku rasai perasaan mereka. Kenapa Aku di hantar ke sini di saat Aku nazak.

“Tolonglah Aku mahu pulang.”

Aku dengar bisikan Ayah di telinga Ibu.

“Sayang, jangan risau… Abang ada dekat sini... Sayang akan selamat… Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anak yang bakal lahir ini Ya Allah.”

Aku terus berlari keluar dari bilik pembedahan. Aku tunggu di luar. Ayah kemudian keluar membawa Aku yang telah selamat dilahirkan untuk di azan dan diqamatkan. Aku menangis lagi tapi air mata itu mengalir di mata bayi itu yang keluar di mata Aku cuma air mata darah.

…bersambung...

June 1, 2009

Teruk Sangat...

Penilaian Tahun Akhir Aku dah nak sampai... 9 Jun 2009, Aku merasakan sangat biasa pada diri tapi ternyata ianya adalah Tahun Akhir yang paling teruk sebagai pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)... Salah itu datangnya dari Aku, ramai yang kata;
"jangan menyesal nanti sudah."
Jawapan Aku mudah dan yakin;
"sekarang pun Aku dah menyesal, menyesal kerana tidak buat Projek Akhir pada tahun depan."
Hehehehehehe... Sungguh hingga ke hari ini Aku merasakan diri Aku sangat teruk...

May 28, 2009

Angel Demon

Aku rasa sakit
sentiasa berhenti di tengah-tengah...

May 22, 2009

Pukul berapa...?

Masa itu sering ditanya...
Dihargai...

Hahahahahaha...
Aku senyum sendiri...

May 14, 2009

Ungkapan Pendek

seorang duduk
dan
alam semulajadi berbisik
pergi ke sana 
kejar dirinya

Untuk apa
CINTA

April 9, 2009

Luahan Rasa Tentang Beberapa Salah Aku... Maaf!

"Semakin Aku jauh dari mengenal erti diri dalam diri sendiri... Apa dah jadi... Membuatkan orang tidak senang... Maaf!"

Sesungguhnya sehubungan dengan itu apa lagi yang harus dilakukan? ADA YANG HARUS DIRENCANAKAN! Siapa? Antara Aku juga Dia. Ayat makin berputar dan berbelit seolah-olah air liur yang terpercik dari mulut yang sedang bicara menghasilkan ikatan yang sungguh padat. Bicara yang mana ada antaranya seolah hipokrit yang nyata tapi di selindungkan.

"Berkata dan menulis memang senang. Praktikalnya.... Ehmmmmm" 

Kenyataan itu yang selalu diungkapkan cuma bagi Aku... Aku GAGAL... Dalam diri aku, hati aku, pemikiran aku, cara hidup Aku dan semuanya tentang Aku punya satu tekanan yang sangat hebat yang tidak dapat Aku cari dari mana punca tekanan itu tapi yang penting ia berpunca dari diri Aku sendiri. 

DAN SEKARANG APA YANG HARUS AKU RENCANAKAN LAGI? Setelah segala norma kehidupan Aku telah Aku langgar. Aku boleh dikatakan LOSER. Jangan sesekali ketawa kerana setiap manusia sentiasa menempuhi permasalahan dalam diri sendiri. 

Aku jadi sedar apabila di tegur setepek di muka sendiri (bak kata orang-orang lama)... Perasaan malu itu hadir macam tu saja... Tapi ia tak berlalu begitu saja, masih ada... masih ingat... Berterima kasih sangat Aku pada insan itu mungkin teguran itu dari Tuhan yang mewakilkan pada dirinya untuk disampaikan kepada Aku sekaligus menyedarkan Aku tentang beberapa salah dan dosa Aku pada tika dan saat itu.

Kehadiran Aku mungkin bukan apa-apa... Tapi siapa tahu tohmahan kasar yang mereka terima dari keadaan sekeliling. Aku buta seketika tentang itu, mungkin kerana Aku sedang asyik dengan diri sendiri sehingga Aku lupakan yang lain. Aku bersalah. Aku minta maaf pada semua.

Aku menulis ini atas sifat dan rasa serba salah Aku kepada mereka yang tidak patut menerima tohmahan kasar dari sekeliling. Mungkin... kerana Aku mereka di tohmah dan di caci oleh sekeliling. Siapa yang tahu bukan. Sedang Aku tidak pernah pun terfikir tentang itu. MAAF!

Ini luahan rasa tentang beberapa salah Aku pada insan, alam dan sekeliling. MAAF!

Tulus Ikhlas,
Saiful Zanawi Bin Mohd Nawi
Nur Syaima Nabila Binti Md Anuwar

March 30, 2009

Cinta Itu Yang Kau Rasakan

Aku menangis dalam senyuman
Itu kegembiraan kamu
Tidak akan Aku tunjukkan tawa tangisku
Hanya yang kumahu hanya senyumanmu

Aku marah dalam keriangan
Itu keceriaan kamu
Tidak akan Aku persembahkan garau suaraku
Hanya yang kumahu hanya kegembiraanmu

Aku sakit dalam sihat
Itu akan ku pendam
Kerana merisaukan kamu
Tidak akan Aku lakukan sekali-kali

Aku sayang kamu
Aku rindu kamu
Dan segalanya buat kamu

Cinta yang terpendam
Cinta itu yang Aku luahkan
Cinta itu yang kau rasakan.

Untuk Kawan-Kawan Yang Mungkin Terasa

Manusia tidak dapat menerima cara bicara dan juga sifat aku tetapi kesempurnaan itu bukan milik kamu. Aku hanya mahu menjadi sifat Aku sendiri.

Kenapa ada yang harus benci dan tidak suka... Sifat manusia mungkin, jadi Aku terima dengan senyuman dan gelak tawa..

1. Takut untuk berbicara dengan Aku?

Aku manusia dan bukannya syaitan (kadang2 mungkin). Kenapa harus takut? Kamu berkawan dengan Aku atas sebab takut atau atas sebab kawan. Jika atas sebab takut. Nasihat Aku Cuma satu…

“Berlarilah kamu jauh-jauh dari Aku supaya kamu tidak takut lagi. Aku tidak mahu menjadi ketakutan dalam hidup kamu.”

Jika atas sebab kawan. Aku akan katakan…

“Hulurkan tangan, Aku sedia untuk membantu apa jua jenis dugaan kehidupan ini bersama kamu kerana kamu adalah kawan Aku.”

2. Pemakaian Aku tidak sehebat kamu?

Aku tidak sehebat kamu kerana pemakaianku hampir sama setiap masa. Aku minta maaf kalau pemakaian Aku memberi rasa janggal pada kawan-kawan tapi itu sahaja yang Aku mampu. Kalau ada duit lebih mungkin akan ada baju baru.

“Itu je satu-satunya baju kemeja yang dia ada dari dulu sampai sekarang, belanjalah dia baju, Aku rasa beli bundle pun dia tak kisah kot.”

Penghinaan yang akan Aku akan ingat sampai bila-bila. Kenapa Aku katakan ia satu penghinaan terhadap diri Aku adalah atas sebab bercakap di belakang Aku. Jika ayat ini keluar di depan Aku secara berdepan Aku masih boleh terima sebagai gurauan. Apa yang boleh Aku katakan terhadap penghinaan itu sekarang adalah…

“Minta Maaf, Aku lebih selesa jadi diri Aku. Jika Aku hanya mampu untuk memakai pemakaian seumpama itu yang tidak se’level’ kamu. Aku masih lagi bersyukur kerana tidak Aku bogel bila aku pergi ke mana-mana. Masih lagi ada pakaian.”

3. Aku berlagak Seni…?

Aku tidak pernah mempunyai seni. Aku bukan anak seni, cuma belajar dalam seni dan masih lagi mencari seni dalam diri. Aku bukan dilahirkan oleh Ibuku dengan segala kebolehan tetapi Aku masih mencari dan terus mencari.

Bagi Aku seni di dalam diri seseorang itu datangnya dari rasa dan pemikiran..

“Seni adalah rasa dan pemikiran.”
“Art is all about Taste and Intelectual.”

Gila Poyo Aku nak alih bahasakannya… Kalau ada antara mereka yang mengatakan Aku berlagak Seni.

Ini Kenyataan Aku..

“Aku bukan Anak Seni tetapi belajar untuk mencari Seni.”

Adakah Aku akan berlagak?

Mungkin ya dan mungkin Aku akan bersyukur jika segala apa yang tersurat dan tersirat di dalam urat-urat pemikiran ini dapat dilontarkan dan diterima oleh masyarakat di luar sana yang mengakui Aku sebagai seorang Anak Seni dan bukannya berlagak Seni. (Jalan Ini Masih Jauh Mungkin Tidak Terkejar… Hahahahaha)


Dan untuk kawan-kawan yang mungkin terasa Aku minta maaf kerana Aku lebih selesa menjadi diri Aku.

17 Januari 2009 Yang Lalu

Kalau ditanya sekarang jam berapa? Aku akan jawab sudah jam 5.20 Pagi bertarikhkan 17 Januari 2009.

Jika kamu tanya apa yang Aku lakukan sekarang jawabnya mudah sahaja duduk di atas kerusi di tepi jendela hanya menanti matahari terbit itupun jikalau Aku tidak mengantuk dan ingin terus tidur.

Aku penat sangat tapi tadi sebelum pulang masih lagi melepak di warung mamak bersama teman-teman diskusi berdiskusi bermacam-macam dan segala jenis hal, ketawa sehingga pagi, mata ini penat tapi di tahan hanya kerana ingin bergembira.

Itulah kehidupanku jika boleh tidak ingin Aku menangis, hanya ingin ketawa dan bergembira. Hehehehe… Tapi apakah itu mungkin… Tinggalkan Hal ini… Embun pagi ni sudah mulai turun sejuk sekali, badan sudah rasa sengal-sengal.

Aku ingin lihat matahari naik.. Eh, Aku dengar ayam berkokok. Aku di tingkat 12 boleh dengar ayam berkokok. Gembira dan rasa lucu suasana desa masih wujud di Bandar. Tapi apa akan daya bunyi ayam itu hanya untuk seketika selepas ditutupi oleh bunyi-bunyi berat dari kenderaan-kenderaan besi.

Azan subuh sedang menunggu masa untuk berlabuh di cuping telinga manusia-manusia yang sedang tidur supaya bangun dan lakukan tanggungjawab mereka. Aku juga diingatkan untuk tidak melepaskan tanggungjawabku. Aku sudah mengantuk. Tidak dapat Aku langsaikan tanggungjawabku. Aku ingin tidur. Adakah azan subuh akan mengejut Aku untuk bangun semula. Mungkin tipis untuk Aku bangun. Kadang-kala sengaja Aku tinggalkan tanggungjawab Aku di waktu pagi meskipun Aku terjaga.

Ada motor di bawah tapi sebentar sahaja Aku dapat melihat ia sudah berlalu pergi. Kereta juga sama. Semua juga sama. Hari yang gelap ini juga akan pergi kerana hari yang cerah itu menunggu peluang untuk sinari semula. Ayam berkokok lagi. Aku masih dengar Cuma ia jelas dan tidak jelas adakalanya kokokan ayam itu jadi kuat. Kalau di kampung pasti bunyinya seolah-olah di sebelah telinga. Hehehehehe… Seronok juga jika pulang ke kampung sekali-sekala.

Kampung Aku ada dua jika ikut sebelah Abah di Kelantan dan jika ikut sebelah Mama di Sarawak. Jika ikut Aku kampungku di Negeri Sembilan kerana Aku dilahirkan oleh Mama di situ. Aku segan untuk menyebut ini tapi Aku sayang Mama. Aku juga sayang Ayah. Rindu untuk pulang ke Negeri Sembilan dan rindu sangat untuk berjumpa mereka tapi Aku ada satu perangai pelik iaitu tidak suka dipaksa untuk pulang ke kampung atau rumah. Aku lebih suka jika Aku sendiri yang mahu pulang. Tapi, jika mahu tunggu Aku pulang gila lambat.

Kereta dah banyak atas jalan raya, Aku dekat tingkat 12 dah bosan dengar bunyi bising. Aku mahu tidur. Selamat tinggal semua. Aku mahu tidur. Kamu juga tidur ya. Tidur dengan nyenyak dan eh, pak cik bas dah memulakan tugasnya. Tapi, takpe Aku masih mahu tidur. Tidur dulu ya. Jumpa lagi nanti. Daaaaaaaaaa….

March 26, 2009

Mencari Storyboard Artis

Pelukis : Mansur
Edit : Aku

Anak-Anak Kecil

Pada suatu ketika dahulu pernah Aku katakan kepada temanku.

"Aku tak tahu kenapa Aku dapat rasa naluri seorang Ayah."

Mungkin sebab kerana Aku sukakan anak-anak kecil dan pada satu ketika itu juga Aku terfikir tentang Ayah Aku. Adakah Ayah Aku suka apa yang Aku lakukan sekarang ini. Aku suka anak kecil tapi Aku tak suka yang nakal-nakal dan bila fikir balik masa kecil Aku dulu pun bukannya Aku baik sangat. Aku gelak sendirian. Adakah kelakar jika Aku menjadi Ayah pada usia muda? Aku berfikir sejenak. Adakah Aku akan menjadi seorang Ayah yang baik?

Melihat anak-anak kecil yang mengemis di jalanan. Aku bertanya di hati yang sedu ini dimanakah ibu dan ayah mereka dan tidakkah mereka kesiankan anak-anak mereka yang mengemis.

Aku berfikir jika kerajaan ini Aku yang punya akan Aku tubuhkan kawasan kebajikan untuk anak-anak jalanan. Berikan mereka pendidikan. Aku akan kerahkan satu unit khas untuk tangkap (membawa pulang mungkin lebih sesuai) kesemua anak-anak kecil di jalanan secara berperingkat dan akan Aku berikan kehidupan yang lebih baik dari hidup di atas jalanan. Jika ibu dan ayah mereka mahukan anak mereka kembali Aku akan katakan;

"Buktikan pada Aku yang kamu mampu menjadi Ibubapa yang baik sebelum Aku membenarkan kamu membawa anak kamu keluar."

Jika ada antara mereka yang bertanya pada Aku kenapa lakukan begini. Aku hanya akan katakan.

"Jika banduan mampu diberi makan, inikan pula anak-anak kecil yang hidup dijalanan. Kalau banduan boleh kita dirikan tempat tinggal apa salahnya kita bina sebuah tempat tinggal untuk anak-anak kecil ini."


Itupun kalau kerajaan ini Aku yang punya. Aku tak tahu kenapa setiap pemimpin sering mengatakan "Anak Muda adalah pemangkin negara." bila masalah kecil begini tidak mereka lakukan dengan sebijaknya. Adakah wajar Aku katakan tiada anak muda yang akan memangkin negara ini ke arah yang lebih baik melainkan negara ini mempunyai seorang Ayah.

Bapa Pembangunan
Bapa Kemerdekaan
Bapa Hadhari
Bapa Ekonomi
Bapa Bahasa
Apa Bapa lagi..

Kenapa tiada Ayah kepada setiap Pemangkin Negara yang terbiar di jalanan ini.

Maaf ya, sebenarnya Aku hanya ingin bercerita ringkas mengenai naluri seorang ayah di dalam diri tapi tidak tahu pula akan meleret sampai begini. Mungkin kerana menyampahnya Aku kepada pemimpin yang ada kini. Lihat dahulu yang kecil jangan berlagak untuk lakukan yang besar. Aku senyum lagi.

Anak-anak kecil dijalanan itu bukan dilahirkan untuk meminta simpati. Anak-anak kecil itu tidak mahu kenapa bila kita tanya pada anak-anak kecil itu mereka akan kata : “dah biasa hidup macam ni.”. Siapa yang membiasakan kehidupan itu pada mereka jika bukan mereka yang dewasa yang ingin mengaut keuntungan dari sifat raih simpati anak-anak kecil yang bertaraf Oscar ini.

Selamatkanlah Anak-anak kecil ini.

Jika kita boleh menyelamatkan haiwan dari pupus di Dunia ini. Kenapa hal seumpama ini tidak di ambil kira. Anak-anak kecil itu memang tidak menangis tapi siapa yang tahu kesedihan yang di alami oleh mereka. Pernah terfikir tentang itu. Anak-anak kecil itu sentiasa mengharapkan bebas dalam dunia ini dengan riang dan bukannya bebas berkeliaran.

Selamatkanlah Anak-anak kecil yang teraniaya masa depan dan juga kehidupannya. Bangkitkan kesedaran di minda bijak pemimpin dan bukannya duduk memerhati dan senyap lalu hilang begitu sahaja. Lihatkan keperimanusiaanmu dan janganlah mengaut keuntungan sahaja. Sekian.

March 19, 2009

March 17, 2009

Saiful Tanggang


Akulah nakhoda...

Aku ada lagu...

"Tanggang la yang balik...
Aaaa.......
Tanggang la balik.."

Hahahahahahaha...

Tidak Sempurna

Aku rasa sedih hari ini.
Aku nak menangis tapi tak dapat tak nak mengalir.
EGO kuat siot.
Biarlah tidak mahu Aku fikirkan lagi.

Ucapan Ringkas

Sesaat hidup Aku ada sedikit porak-peranda dalam hubungan yang penuh dengan rasa cinta tapi marilah kita doakan yang terbaik semoga ianya kekal hingga ke akhirnya... Amin..

Saiful Selamat



Kekasih Saiful Selamat adalah Syaima Chombi.
Syaima Chombi,
Abang Saiful Sayang Syaima Chombi


(Syaima Sabariah tak wujud dalam citew ini sebab dah kahwin dengan Dr. Saiful Ismadi)

Lompat-Lompat Riang

Mereka melompat riang di Lensa mataku dan Aku hanya menatap keriangan itu dengan penuh senyuman. Biarpun komposisi ini kelihatan klise seperti yang orang lain lakukan tapi bagi Aku gambar ini penuh keriangan. Kalau ada mereka yang ingin kritik. Peduli apa Aku sebab mereka mewujudkan keriangan dan memberikan Aku senyuman. Terima kasih semuanya..

Penarik Beca

Cerita selanjutnya akan menyusul kemudian...

March 10, 2009

Teka Wajah...


Jawapannya : Aku... Hahahahahaha :)
Pic ini tidak diedit..
Photographer : Aku

Ngantuk La...



Model : Anak Buah Nur Syaima Nabila (Kekasih Aku)
Photographer : Aku

Tugasan Baru

Model : Fieza
Photographer : Aku

March 3, 2009

Apa Itu Kecewa...

Tiada timbang tara antara rasa dan ia menari sumbang di dalam hujan...

February 17, 2009

Aku Sudah Jadi Bodoh

Adakalanya Aku rasa pelik kenapa tulisan tangan Aku sudah kembali seperti dahulu. Kenapa harus begini jadinya. Aku sangat berharap kepala Aku tidak memaksa tangan Aku untuk menulis apa yang tak tercapai dek akal Aku. Aku sudah membuat tulisan Aku jadi karut dan kalut kerana sering memaksa tulisan itu di tulis..

Aku sudah jadi bodoh

Seringkali Aku menulis sering kali itu juga Aku tidak berpuas hati dengan apa yang Aku tulis mungkin itu normal buat seorang penulis. Aku... Adakah Aku seorang penulis? Aku bingung mungkin Aku bukan penulis profesional.

Aku hanya minat menulis.
Kotak pemikiran Aku sampai di sini.
Aku sudah jadi bodoh.

Kadang-kadang lagi banyak kita tahu lagi banyak yang kita tak tahu dan kita terus belajar untuk ketahui dan sampai satu saat kita jadi bingung kenapa ia tidak pernah cukup dan kenapa ia tidak pernah jelas?

Aku sudah jadi bodoh.
Bodoh ke Aku.

Tidak....

Aku tidak bodoh.
Aku sentiasa belajar dan adakalanya Aku tercicir sesuatu.
Aku tidak bodoh.

Dimana otak yang Aku simpan.
ia hilang cuma seketika
satu ketika ia akan kembali
meraih simpati untuk keluar
kerana
kepadatan ilmu di minda kepala

Apa yang Aku tulis diatas tidak jelas bukan
jadi itulah kekurangan Aku
bukan Aku sahaja
Adakalanya kita hilang punca untuk menulis.

AKU MAHU BEREHAT.

p/s : "Tiada manusia yang bodoh dan pandai. Yang ada manusia bodoh pandai malas rajin."

Harapan

Malam yang dingin,
aku ingin selalu bersama

meleburkan segala batas sesama kita.

bila ingin kubuka kan mata,
Anak jiwa yang segar menemani

itu adalah bakat.
bakat yang melahirkan masa depan

Hasil : bicarasamaawan

February 16, 2009

Kamu Rasa Ini Apa

Bercerita tentang hadir pelangi di sisi matahari
selepas hujan itu jatuh
Aku lihat Engkau tersenyum

Malam tidak akan kelam
Terserlah cahaya bulanmu
Dibahagiakan oleh cahayaku
Aku lihat engkau tersenyum
Sambil kepalamu disisi bahuku
Aku lihat engkau tersenyum

February 13, 2009

Menangis

Menangis
Tidak
Aku cuma makin
MUDARAT
...
(Mata Aku Merah Barangkali)

Bangsat

Dalam darah
Akulah Bangsat itu

Dalam darah
Akulah tidak memahami
Akulah Bangsat itu

Dalam darah
Aku bodoh
Akulah Bangsat itu

Dalam darah
Aku menyusahkan
Akulah Bangsat itu

Dalam darah
Aku menyakitkan

Akulah Bangsat itu

Dalam darah
Aku menangis
Aku tetap bangsat itu.

February 11, 2009

Tidak Bertajuk Tapi Hidup.


Aku dalam merenung jauh hidup ini harus terus berjalan untuk lebih memahami. Kusut itu ada dalam diri, emosi itu menggantung hati, bila berdiri masa terhenti, Aku harus berjalan untuk mengejar masa-masa lalu kerana itu sejarah yang harus Aku hitung sebelum diperhitungkan.

February 4, 2009

The Making Of 'Halalkan Aku'

Photo By : bicarasamaawan

Tika Bekerja..

Yang pegang kamera itu Aku dan yang berada di sebelah Aku adalah Pelakon Lelaki untuk projek 'Halalkan Aku'.

Tiada Motif...

Photo By : bicarasamaawan

February 3, 2009

Sedarkan Aku Dari Tidur

Di dalam selimut Aku sembunyi
Suara itu masih memanggil

"Datang, dan peluk Aku. Aku juga mahu enak tidur?"

Aku bingung
Terus saja Aku sembunyi

Suara itu mengigit menangis
Masih memanggil Aku

Aku terus sembunyi dalam selimutku
Suara itu makin jauh

Aku keluar dari persembunyian
(Aku menangis)

Yang memanggil-manggil mahu dipeluk dan diselimuti
Anak-Anak kecil mahu pelukan kemanusiaanku
(Aku menangis)

Sedarkan Aku dari tidur
Aku mahu ini sekadar mimpi

Bila Semua Akan Enak

Aku capek
Sampai kapan harusku tunggu
Semuanya jadi enak
Sampai Kapan
Bila penantian ini akan enak
(Aku tangis dalam diam)

Kalau Aku Mati....

Manusia tidak akan pernah mengerti sampai bila dia akan hidup, manusia kini makin takut untuk bicara soal mati atau lebih sopan pemergian tidak kembali..

Jika di tanya pada Aku..

Jawapanku hanya..

"Ijinkan Aku pinta dan pohon untuk menjaga dirimu selagi hayat Aku masih ada. Biar dalam lelapku juga Aku tetap mahu menjagamu. Biar dalam pergi juga Aku mahu menjagamu. Sentiasa."

Itu doa Aku pada yang MAHA ESA...

February 2, 2009

Bulan dan Matahari

"Sayang Bulan tidak dapat bercerita, Dialah yang banyak menyimpan kisah cinta."
A. RAHIM BIN HAJI ABDULLAH.

Bulan satu simbol yang sinonim dengan wanita. Tetapi kekuatan itu ada pada Matahari yang sinonimnya dengan lelaki yakni tegas dan membuatkan rasa itu membara tetapi Bulan yang menjadi tulang belakang di dalam setiap perkara dan menyejukkan segala apa yang betul-betul membara.

Aku cuma nak kata setiap yang berada di sekeliling lelaki tidak akan nampak indah kalau tiada wanita di sisinya.

My Latest Pick'Cha

January 28, 2009

Semalam

Aku suka hari ini
kerana
tidak sakit

January 26, 2009

Rambutku

Di helai rambutku
Terukir kata
Bawalahku ke syurga

Di hujung rambutku
Tersimpan seribu dosa
Menghumban Aku ke neraka

Di sentap rambutku
Sakit,
Baruku tahu tujuanmu.
(aku menangis)

Untuk Apa... Aku?

Untuk apa memandang
Sedang mata terpejam

Untuk apa berfikir
Sedang otak terpadam

Untuk apa berkata
Sedang mulut membisu

Untuk apa merasa
Sedang hati membuta

Untuk apa mendengar
Sedang cuping kau tutupkan

Untuk apa berjalan
Sedangkan tidak wujud
dalam waktu.

Untuk apa bernafas
Sedang nadi menafikan.

Untuk apa Aku
Sedang Aku tak mencari
Siapa Aku.
(aku yang hilang dalam diri)

7 Sign You're In A Disaster Relationship

1. Dishonesty – yourself or your partner
2. Communication – always ending up in an argument.
3. Putting the other on a pedestal and putting yourself down.
4. Destructive impulses
5. Compromise at your own expense.
6. Feeling enclosed or shutting yourself off from other friends.
7. Fear of losing the other person with everything you do.

Source : Reader’s Digest

January 22, 2009

Huhuhuhu :( My Hair

Sibuk

Malam sudah melelapkan mata
Pagi menyinsing lengan
Berpusu-pusu dijalanan
Perjalanan makin padat
Membuatkan waktu itu sendat

January 21, 2009

Fact Beneath The Misery

“If a human wouldn’t want to agree with a fact than they better to rest in peace with imagination”

Its true that fact is irritating but believe me it’s the cure of the pain.

For an example : when you fall in sick to take a tablet we give thousand and one reasons because its bitter but please remember to cure the pain that bitter tablet is the cure.

You’re afraid to take the fact but at the same time you believe in misery. It means be living in misery doesn’t give you much but it’s a game of cheating yourself.

Its not me to blame this episode of live because its common. I also have a misery but what I want is a fact of live. This is because we were trying to run away from the fact which realizes that fact is live not misery.

Do not lose your smartness by misery be smart with the fact. Isn’t it easy to take the fact.

Those Lovely Days

I miss that smile of yours (the girl who wears the black veil).

5 Lesson Of The Day

1. Sometimes we need somebody?

Of course everybody needs somebody at one moment... but do they care about it? Not everybody among the somebody do care but one person among the somebody did listen to me. Good listener i guess hope to be one. But, must i need the someone all the time i need someone or my beloved one should be the somebody. Isn't it a love nature that my love should be there hearing my sorrows not the somebody!

2. Sometimes we need understanding?

Of course understand or understood is an easy word but do we really know how to understand that person? Not by understanding what is my favourite colour or food... like i love Nasi Lemak and Roti Canai but understanding its all about capturing my mind... like i understand my love having a date with her admire is not a problem... so who know the word understanding more better now. Understanding is beyond this.

3. Sometimes we need the word sorry?

Sorry... Sorry... Sorry... Dont you get boring saying it more than once like i said before. Understanding is beyond this. Why must we say sorry to each other and i think in love there is no sorry. If once saying sorry happens in love than there is no time to talk but only to say sorry.

4. Sometimes we need space to be alone, dont yeah?

I always have a license for a private moment. But, what is there if you're not there even in privacy you're there. You know why, because you are a part of my soul but am i a parts of yours as well. Sometimes, i doubt it. Because i'm a crazy cup filled with an ice-cream called u my love...

(i'm smiling alone and alone but until when?)

5. Sometimes... not... always i need you?

I Really-really need you in my life for only one reason because you are my OXYGEN.

Permasalahan Tentang Perasaan 1

Aku tidak tahu sama ada itu perlu atau tidak tapi bagi Aku jika situasi itu membutuhkan cemburu ia perlu barangkali.

Cemburu
Memburu
Dalam
Perburuan
Perasaan

Cemburu
Cermin
Dalam
Keraguan
Perasaan

Cemburu
Hidup
Perasaan
Mati

Cemburu
Pergi
Perasaan
Hilang

Cemburu
Datang
Perasaan
Sayang.

Cemburu
Cemburu
Cemburu
Aku diburu perasaanmu
Aku hidup dalam perburuan perasaan
Kamu memburu perasaan Aku
(Aku tetap Sayang Kamu)

Inilah permasalahan tentang perasaan yang sentiasa ada jika kita sudah hidup berpasangan. Cemburu itu jika berpada mungkin perlu jika melampau itu sakit (bukan sakit sebelah pihak tapi kedua-duanya).

January 20, 2009

Caption.. Hahahehe.. By Blackberry

Aku lucu sekali

Aku Orang Kelabu

Aku orang kelabu
Tidak aku putih
Tidak aku hitam
Aku cuma malap
Yang muncul dalam cerah dan gelap

Si Chumel 2

January 19, 2009

Jual... Siapa Mau..

Kamera Filem model F65 ini mahu dijual dan kepada sesiapa yang mahukannya sila hubungi Aku ya.

Aku & Tika Dulu

Beberapa ketika dulu Aku membawa diri Aku untuk berfikir sangat tinggi seperti orang lain walhal pada saat dan tika itu Aku punya pemikiran yang sangat rendah, tidak tinggi pendidikannya dan berlagak seperti tahu tentang segala-galanya. Aku mulai memandang rendah hidup Aku dan Aku membuat penaakulan sendiri dan bertanya.

“Sampai bila Aku mahu memperbodohkan diri sendiri.”

Ehmmmm… Aku sering tersenyum bila mengenang masa lalu. Aku terlalu hipokrit dengan diri sendiri sehingga ke hari ini tapi tidaklah seteruk dahulu. Dan kini Aku masih lagi tersenyum.

“Aku berani mengatakan Aku hipokrit sebab manusia mana yang tak pernah hipokrit dengan diri sendiri.”

Aku cuba pertingkatkan pemikiran Aku dengan sedikit membaca (Aku tidak suka membaca sebenarnya) dan menonton kehidupan yang berjalan dalam hari-hari Aku juga melalui perbincangan dengan teman-teman rapat.

Aku dahulu ingin sangat menjadi yang terbaik sedangkan ia terbalik. Aku tercorot barangkali. Tapi kalau ditanya pada Aku hari ini…

“Masihkah Kau yang terbaik?”

Aku akan menjawab.

“Tidak, Aku si corot yang ingin melakukan sesuatu itu dengan lebih baik. Aku yakin Aku mampu lakukannya.”

Itu yang Aku belajar dari dunia yang makin dewasa ditelan hari. Usia Aku juga makin meningkat. Aku perlukan perubahan dan ia harus bermula dari dalam diri Aku. Aku tidak merasakan diri Aku ini pelik sebab Aku tahu masih ramai mereka yang pelik di luar sana yang punya 1001 macam karakter.

Kata-kata akhir dari Aku :

“Jangan terlalu mementingkan orang lain sehingga lupa kepentingan diri sendiri, Jangan terlalu pentingkan kepentingan diri sendiri sehingga melupakan kepentingan orang lain.”

“Bukan kita sahaja yang wujud dalam dunia ini, masih ramai yang ada di sisi kita.”


Sekian sahaja untuk kali ini, Aku mahu ke jendela dan menonton anak-anak yang terserlah keriangannya sedang bermain di taman. Hehehehehehehe…

January 18, 2009

Aku

Tulisan Lama Aku

Tanggal 2 April 2008 yang lalu telah menyaksikan satu pertemuan diskusi yang berlaku secara tidak sengaja bersama seorang gadis yang dilahirkan dengan nama Nurul Mardhiah Binti Shamsudin atau lebih dikenali dengan panggilan ‘N’. Perbincangan ini agak hangat barangkali, sehangat cafe di tempat aku. Perbincangan ini sebenarnya mengenai 'lelaki dan wanita'. Sungguhpun begitu, ingin difahamkan di sini 'Lelaki dan Wanita' ini bukanlah versi remaja keluaran karangkraf.

Siapa Lelaki? Siapa Wanita? Masih ingat kata-kata klise ini "Wanita itu dicipta dari tulang rusuk lelaki yang bengkok, dan sudah menjadi tugas lelaki untuk meluruskannya.". Aku amatlah tidak menyetujui kata-kata klise ini pada awalnya. Kenapa wujudnya perumpamaan seperti ini? Jika, seorang lelaki itu ingin meluruskan sesuatu yang bengkok nescaya tulang rusuk itu akan patah. Tetapi sekarang ada yang tersirat disebalik yang klise ini. Antara bengkok dan meluruskan. Bengkok itu bagaimana ia harus diluruskan? Jawapannya adalah bimbingan. Jika bimbingan yang lelaki itu berikan pada wanita adalah baik maka lurus jalannya. Jika tidak simpang siur lorongnya. Tetapi untuk membimbing seseorang kita harus membimbing diri sendiri dahulu.

Semua manusia akan, pasti, pernah dan sentiasa jatuh cinta. Semua manusia akan merasakannya. Jangan tipu tau. Tetapi, adakah manusia ini tahu apa itu cinta "Cinta sesama manusia kerana manusia atau Cinta sesama manusia kerana Tuhan.". Perkara ini individu itu yang harus renungkan! Individu itu harus jelas! Untuk apa manusia itu bercinta? Dan untuk apa manusia dicipta untuk merasai rasa cinta itu atau mungkin aku boleh katakan sebuah kasih sayang yang tiada tolok bandingnya... Mungkin kamu lebih faham bukan, apa yang aku cuba maksudkan? Dan bagaimana ia dijadikan sebagai satu bimbingan dalam kehidupan kita. Itupun kita harus jelas kerana cinta bukan perkara main-main.

Sesuatu yang pelik tentang lelaki dan wanita ini adalah tidak kira apabila mereka bercinta atau berkahwin pasti akan ada benda yang amat sukar untuk dikongsi bersama. Aku pun jadi pelik apabila fikirkannya. Ehmmmmmm... Dengan menggunakan alasan "Tak semua benda kita boleh kongsi.". Tak ke korang semua rasa yang ayat ni dah terlalu kuno untuk di pakai sebab dunia sudah lebih bertamadun. Hadoi... Aku tak tahu... Susah sangat ke nak kongsi... Apa perlunya lelaki dan wanita itu mempunyai sebuah perhubungan yang cukup bahagia sedangkan tidak berkongsi apa-apa. Ada la, kita berkongsi hati dan perasaan itukan dah cukup bahagia. Kitakan dah bersatu. Ya Tuhan... Bahagia tanpa kerisauan... Tiada kebahagiaan yang mutlak di dalam dunia ini walaupun hati dan perasaan bersatu, pasti akan ada sedikit kecewa.. Pasti akan ada gundah gulana... Tapi kita tidak akan sesekali sedar bila ia datang. Walaupun kita tersenyum gembira tapi kita rasa kecewa itu dalam keadaan tidak sedar. Yang kita tahu kita dapat merasakannya. Cuma satu nasihat aku, anggaplah kecewa itu permulaan kepada bahagia. Jika ada masalah, pertanyaan, persoalan, gelisah, tangis dan tidak kiralah kamu itu lelaki atau wanita silalah kongsi jika kamu benar-benar yakin yang lelaki atau wanita itu memang diciptakan untuk kamu. Kamu tidak akan rasa sedikit penyesalan pun jika kamu berkongsi segala apa yang kamu rasa dengan insan lain sesungguhnya ia adalah sebuah proses pembelajaran untuk kita lebih mengenali diri sebab kadang-kadang kita pun tak faham diri kita.

Kesucian! Bercakap tentang kesucian orang akan kaitkan dengan segala kebaikan tetapi mereka tidak tahu di dalam segala kebaikan itu ada keburukannya dan di dalam keburukan itu punya kebaikannya. Manusia di dunia ini, kamu harus tahu tiada yang benar-benar baik dan tiada yang benar-benar jahat. Persoalan? Dimanakah letaknya kesucian seorang lelaki? Dimanakah letaknya kesucian seorang wanita? Ini adalah tanda tanya yang sentiasa berlegar di kepala 'Lelaki dan Wanita'. Dara atau tiada dara? Teruna atau tiada teruna? Bagaimana untuk membezakannya? Adakah penting bagi kamu [lelaki] untuk memilih yang masih dara atau tidak? Adakah penting bagi kamu [wanita] untuk memilih yang masih teruna atau tidak? Persoalan di kepala wanita "Teruna, macam mana nak tahu lelaki itu masih teruna.". Begitu juga lelaki, mereka akan memikirkan perkara yang sama. Aku sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menulis mengenai ini dengan lebih lanjut kerana aku masih lagi tidak khatam. Tapi aku percaya akan satu perkara kesucian itu berada di hati untuk melawan syaitan yang ingin membinasakan diri dan bukannya memperhambakannya sekaligus memperdagangkan maruah ke lembah neraka yang hina hingga susah bagi kita untuk mengapainya kembali. Panasnya aku nak maruah aku balik... hahahahaha... sampai bila pun susah kau nak dapat balik sebab kau dah campak ke neraka yang hina. Menangis pun dah tak guna kalau tak insaf. Air mata itu bukan apa. Kalau air mata tu jatuh pun ia hanya akan menyeksa bumi ini. Setiap air mata yang jatuh seperti ada satu kejutan yang menggegarkan bumi ini. Jangan seksa bumi ini sesungguhhnya kamu hidup diatasnya jika kamu seksa sama seperti kamu menyeksa diri kamu sendiri. Ya Tuhan sangat menyakitkan. Menyakitkan dan memeritkan. Adakah kamu mahu hidup begitu? Renungkan.

Pendam... Apa dia boleh ulang sekali lagi? Kalau ada masalah PENDAMMMMM.... Cukup! Pekak telinga aku. Pendam ye... Aku nak tengok sejauhmana manusia itu boleh pendam. Mesti boleh punya lama-lama hilang la masalah itu. Ehmmmm... hilang ye, kalau masalah tu muncul balik macam mana. Bercerita tentang pendam hanya ada 2 perkara yang menyakitkan iaitu memberi kesakitan dengan menyiksa perasaan dan diri sendiri kerana berusaha memendamkan perasaannya terhadap sesuatu masalah dan yang kedua berusaha sedaya upaya untuk menipu diri sendiri dari menerima kenyataan. Ya Tuhan, amat-amat menyakitkan. Habis tu kau nak aku buat apa? Kalau kau bertanya soalan dan aku akan jawab. Ada ruangan komen di bawah. Sekian untuk kali ini, Terima Kasih.

Pagi Hari Itu... Tenang..

Kalau ditanya sekarang jam berapa? Aku akan jawab sudah jam 5.20 Pagi bertarikhkan 17 Januari 2009.

Jika kamu tanya apa yang Aku lakukan sekarang jawabnya mudah sahaja duduk di atas kerusi di tepi jendela hanya menanti matahari terbit itupun jikalau Aku tidak mengantuk dan ingin terus tidur.


Aku penat sangat tapi tadi sebelum pulang masih lagi melepak di warung mamak bersama teman-teman diskusi berdiskusi bermacam-macam dan segala jenis hal, ketawa sehingga pagi, mata ini penat tapi di tahan hanya kerana ingin bergembira.


Itulah kehidupanku jika boleh tidak ingin Aku menangis, hanya ingin ketawa dan bergembira. Hehehehe… Tapi apakah itu mungkin… Tinggalkan Hal ini… Embun pagi ni sudah mulai turun sejuk sekali, badan sudah rasa sengal-sengal.

Aku ingin lihat matahari naik.. Eh, Aku dengar ayam berkokok. Aku di tingkat 12 boleh dengar ayam berkokok. Gembira dan rasa lucu suasana desa masih wujud di Bandar. Tapi apa akan daya bunyi ayam itu hanya untuk seketika selepas ditutupi oleh bunyi-bunyi berat dari kenderaan-kenderaan besi.


Azan subuh sedang menunggu masa untuk berlabuh di cuping telinga manusia-manusia yang sedang tidur supaya bangun dan lakukan tanggungjawab mereka. Aku juga diingatkan untuk tidak melepaskan tanggungjawabku. Aku sudah mengantuk. Tidak dapat Aku langsaikan tanggungjawabku. Aku ingin tidur. Adakah azan subuh akan mengejut Aku untuk bangun semula. Mungkin tipis untuk Aku bangun. Kadang-kala sengaja Aku tinggalkan tanggungjawab Aku di waktu pagi meskipun Aku terjaga.

Ada motor di bawah tapi sebentar sahaja Aku dapat melihat ia sudah berlalu pergi. Kereta juga sama. Semua juga sama. Hari yang gelap ini juga akan pergi kerana hari yang cerah itu menunggu peluang untuk sinari semula. Ayam berkokok lagi. Aku masih dengar Cuma ia jelas dan tidak jelas adakalanya kokokan ayam itu jadi kuat. Kalau di kampung pasti bunyinya seolah-olah di sebelah telinga. Hehehehehe… Seronok juga jika pulang ke kampung sekali-sekala.

Kampung Aku ada dua jika ikut sebelah Abah di Kelantan dan jika ikut sebelah Mama di Sarawak. Jika ikut Aku kampungku di Negeri Sembilan kerana Aku dilahirkan oleh Mama di situ. Aku segan untuk menyebut ini tapi Aku sayang Mama. Aku juga sayang Abah. Rindu untuk pulang ke Negeri Sembilan dan rindu sangat untuk berjumpa mereka tapi Aku ada satu perangai pelik iaitu tidak suka dipaksa untuk pulang ke kampung atau rumah. Aku lebih suka jika Aku sendiri yang mahu pulang. Tapi, jika mahu tunggu Aku pulang gila lambat.


Kereta dah banyak atas jalan raya, Aku dekat tingkat 12 dah bosan dengar bunyi bising. Aku mahu tidur. Selamat tinggal semua. Aku mahu tidur. Kamu juga tidur ya. Tidur dengan nyenyak dan eh, pak cik bas dah memulakan tugasnya. Tapi, takpe Aku masih mahu tidur. Tidur dulu ya. Jumpa lagi nanti. Daaaaaaaaaa….

January 14, 2009

Si Chumel

Model 2

bulanmalam Blog Lamaku

Bila malam memunculkan diri bulan pasti ada bersama. Aku lihat dan teringat akan blog lamaku yang telah Aku delete dari ruangan maya ini. Dulu blog lama Aku namanya bulanmalam.wordpress.com.

Aku masih lagi menyimpan kenapa Aku mewujudkan bulanmalam.wordpres.com

Kenapa BuLaNMaLaM?

Kenapa dan mengapa aku mewujudkan "BuLaNMaLaM.wordpress.com"?
Pertama-tamanya di atas dunia ini aku wujud sebagai Khalifah.
Untuk memberitahu dan diberitahu.
Yang mana betul dan yang mana salah.
Aku juga tidak pernah selalunya betul.
Aku juga tidak pernah selalunya baik.
Aku juga sering melakukan kesilapan.
Aku kadang-kadang MaLaM dan BuLaN menyinari kehidupan.
Dan BuLaN itu adalah kamu.
Dan MaLaM itu adalah aku.
Kerana kamu, aku bahagia.
Kerana kamu, aku sudah tidak kecewa.
Kerana kamu, aku tidak sendiri lagi.
Terima Kasih BuLaN menyinari MaLaMku.
Aku sayang Kamu.


Aku rindukan blog lama itu. Tapi itu hanya kenangan yang akan Aku simpan dan sampai bila-bila akan Aku ingat.