March 26, 2009

Anak-Anak Kecil

Pada suatu ketika dahulu pernah Aku katakan kepada temanku.

"Aku tak tahu kenapa Aku dapat rasa naluri seorang Ayah."

Mungkin sebab kerana Aku sukakan anak-anak kecil dan pada satu ketika itu juga Aku terfikir tentang Ayah Aku. Adakah Ayah Aku suka apa yang Aku lakukan sekarang ini. Aku suka anak kecil tapi Aku tak suka yang nakal-nakal dan bila fikir balik masa kecil Aku dulu pun bukannya Aku baik sangat. Aku gelak sendirian. Adakah kelakar jika Aku menjadi Ayah pada usia muda? Aku berfikir sejenak. Adakah Aku akan menjadi seorang Ayah yang baik?

Melihat anak-anak kecil yang mengemis di jalanan. Aku bertanya di hati yang sedu ini dimanakah ibu dan ayah mereka dan tidakkah mereka kesiankan anak-anak mereka yang mengemis.

Aku berfikir jika kerajaan ini Aku yang punya akan Aku tubuhkan kawasan kebajikan untuk anak-anak jalanan. Berikan mereka pendidikan. Aku akan kerahkan satu unit khas untuk tangkap (membawa pulang mungkin lebih sesuai) kesemua anak-anak kecil di jalanan secara berperingkat dan akan Aku berikan kehidupan yang lebih baik dari hidup di atas jalanan. Jika ibu dan ayah mereka mahukan anak mereka kembali Aku akan katakan;

"Buktikan pada Aku yang kamu mampu menjadi Ibubapa yang baik sebelum Aku membenarkan kamu membawa anak kamu keluar."

Jika ada antara mereka yang bertanya pada Aku kenapa lakukan begini. Aku hanya akan katakan.

"Jika banduan mampu diberi makan, inikan pula anak-anak kecil yang hidup dijalanan. Kalau banduan boleh kita dirikan tempat tinggal apa salahnya kita bina sebuah tempat tinggal untuk anak-anak kecil ini."


Itupun kalau kerajaan ini Aku yang punya. Aku tak tahu kenapa setiap pemimpin sering mengatakan "Anak Muda adalah pemangkin negara." bila masalah kecil begini tidak mereka lakukan dengan sebijaknya. Adakah wajar Aku katakan tiada anak muda yang akan memangkin negara ini ke arah yang lebih baik melainkan negara ini mempunyai seorang Ayah.

Bapa Pembangunan
Bapa Kemerdekaan
Bapa Hadhari
Bapa Ekonomi
Bapa Bahasa
Apa Bapa lagi..

Kenapa tiada Ayah kepada setiap Pemangkin Negara yang terbiar di jalanan ini.

Maaf ya, sebenarnya Aku hanya ingin bercerita ringkas mengenai naluri seorang ayah di dalam diri tapi tidak tahu pula akan meleret sampai begini. Mungkin kerana menyampahnya Aku kepada pemimpin yang ada kini. Lihat dahulu yang kecil jangan berlagak untuk lakukan yang besar. Aku senyum lagi.

Anak-anak kecil dijalanan itu bukan dilahirkan untuk meminta simpati. Anak-anak kecil itu tidak mahu kenapa bila kita tanya pada anak-anak kecil itu mereka akan kata : “dah biasa hidup macam ni.”. Siapa yang membiasakan kehidupan itu pada mereka jika bukan mereka yang dewasa yang ingin mengaut keuntungan dari sifat raih simpati anak-anak kecil yang bertaraf Oscar ini.

Selamatkanlah Anak-anak kecil ini.

Jika kita boleh menyelamatkan haiwan dari pupus di Dunia ini. Kenapa hal seumpama ini tidak di ambil kira. Anak-anak kecil itu memang tidak menangis tapi siapa yang tahu kesedihan yang di alami oleh mereka. Pernah terfikir tentang itu. Anak-anak kecil itu sentiasa mengharapkan bebas dalam dunia ini dengan riang dan bukannya bebas berkeliaran.

Selamatkanlah Anak-anak kecil yang teraniaya masa depan dan juga kehidupannya. Bangkitkan kesedaran di minda bijak pemimpin dan bukannya duduk memerhati dan senyap lalu hilang begitu sahaja. Lihatkan keperimanusiaanmu dan janganlah mengaut keuntungan sahaja. Sekian.

2 comments:

heelsaiztiga said...

aku dapat rasa naluri seorang ibu sebab aku semakin tua dan sudah selayaknya menjadi ibu, sepatutnya. (:

BesaqKichik said...

janganlah begitu kakak ku..
tua atau muda tak membezakan apa2..
yang penting..
kehidupan harus lebih ceria..
jangan muram-muram ya..