March 30, 2009

Untuk Kawan-Kawan Yang Mungkin Terasa

Manusia tidak dapat menerima cara bicara dan juga sifat aku tetapi kesempurnaan itu bukan milik kamu. Aku hanya mahu menjadi sifat Aku sendiri.

Kenapa ada yang harus benci dan tidak suka... Sifat manusia mungkin, jadi Aku terima dengan senyuman dan gelak tawa..

1. Takut untuk berbicara dengan Aku?

Aku manusia dan bukannya syaitan (kadang2 mungkin). Kenapa harus takut? Kamu berkawan dengan Aku atas sebab takut atau atas sebab kawan. Jika atas sebab takut. Nasihat Aku Cuma satu…

“Berlarilah kamu jauh-jauh dari Aku supaya kamu tidak takut lagi. Aku tidak mahu menjadi ketakutan dalam hidup kamu.”

Jika atas sebab kawan. Aku akan katakan…

“Hulurkan tangan, Aku sedia untuk membantu apa jua jenis dugaan kehidupan ini bersama kamu kerana kamu adalah kawan Aku.”

2. Pemakaian Aku tidak sehebat kamu?

Aku tidak sehebat kamu kerana pemakaianku hampir sama setiap masa. Aku minta maaf kalau pemakaian Aku memberi rasa janggal pada kawan-kawan tapi itu sahaja yang Aku mampu. Kalau ada duit lebih mungkin akan ada baju baru.

“Itu je satu-satunya baju kemeja yang dia ada dari dulu sampai sekarang, belanjalah dia baju, Aku rasa beli bundle pun dia tak kisah kot.”

Penghinaan yang akan Aku akan ingat sampai bila-bila. Kenapa Aku katakan ia satu penghinaan terhadap diri Aku adalah atas sebab bercakap di belakang Aku. Jika ayat ini keluar di depan Aku secara berdepan Aku masih boleh terima sebagai gurauan. Apa yang boleh Aku katakan terhadap penghinaan itu sekarang adalah…

“Minta Maaf, Aku lebih selesa jadi diri Aku. Jika Aku hanya mampu untuk memakai pemakaian seumpama itu yang tidak se’level’ kamu. Aku masih lagi bersyukur kerana tidak Aku bogel bila aku pergi ke mana-mana. Masih lagi ada pakaian.”

3. Aku berlagak Seni…?

Aku tidak pernah mempunyai seni. Aku bukan anak seni, cuma belajar dalam seni dan masih lagi mencari seni dalam diri. Aku bukan dilahirkan oleh Ibuku dengan segala kebolehan tetapi Aku masih mencari dan terus mencari.

Bagi Aku seni di dalam diri seseorang itu datangnya dari rasa dan pemikiran..

“Seni adalah rasa dan pemikiran.”
“Art is all about Taste and Intelectual.”

Gila Poyo Aku nak alih bahasakannya… Kalau ada antara mereka yang mengatakan Aku berlagak Seni.

Ini Kenyataan Aku..

“Aku bukan Anak Seni tetapi belajar untuk mencari Seni.”

Adakah Aku akan berlagak?

Mungkin ya dan mungkin Aku akan bersyukur jika segala apa yang tersurat dan tersirat di dalam urat-urat pemikiran ini dapat dilontarkan dan diterima oleh masyarakat di luar sana yang mengakui Aku sebagai seorang Anak Seni dan bukannya berlagak Seni. (Jalan Ini Masih Jauh Mungkin Tidak Terkejar… Hahahahaha)


Dan untuk kawan-kawan yang mungkin terasa Aku minta maaf kerana Aku lebih selesa menjadi diri Aku.

8 comments:

Illi Hzbull said...

jadi la diri sendiri , itu lebih baik~
lgpun, org mmg akan kata apa dorg nk. lantak pi la depa. tak berbaloi, tp apa2 pun aku syg ko! mwah

BesaqKichik said...

hehehehe...
makasi..

nurul cakapcakap said...

huhu aku tersentuh baca yang ini.
buat x tahu saja la. yang penting kita selesa.orang lain pedulik apa.
orang yang tengok penampilan kita,kutuk-kutuk kita,cakap belakang kita sebenarnya PEMINAT SETIA kita.haha dia terlalu peka pada kita.let it go saja la.haters memang mcm tu.

nurul cakapcakap said...

huhu aku tersentuh baca yang ini.
buat x tahu saja la. yang penting kita selesa.orang lain pedulik apa.
orang yang tengok penampilan kita,kutuk-kutuk kita,cakap belakang kita sebenarnya PEMINAT SETIA kita.haha dia terlalu peka pada kita.let it go saja la.haters memang mcm tu.

BesaqKichik said...

Ehmmmmmmm....
Itulah yang paling molek..

z@dH hiRsHAm said...

Berteman saja dengan teman2 yang betul2 boleh menerima kau seadanya!
Dan bersimpatilah pada org2 yang mengutuk kau tu.
Sebab diorang sebenarnya sedang mengutuk diri diorang sendiri!

Nejj said...

Kalau mahu menilai orang, bukan dari pakaian. Kalau begitu, aku nak menilai guru aku dari pakaian, boleh? Dah sah-sah mereka akan pakai baju yang sama untuk berulang-ulang kali. Tak pernah pula aku peduli.
Mereka masih guru aku.

Dan bukankah seni itu sesuatu yang subjektif? Terpulang kepada empunya diri untuk menilai dan mencari.

BesaqKichik said...

Ya benar...
Seni adalah subjektif...

Seni adalah rasa dan pemikiran seseorang...