Aku ingin bertanya. Di dalam percintaan ; Dimanakah letaknya diri kamu "setia atau bodoh."? Dalam norma-norma percintaan kebanyakannya akan bertanya tidak kira lelaki atau wanita. Yang lelaki akan bertanya "Apa yang wanita inginkan dalam percintaan." dan begitu juga sebaliknya. Pertanyaan yang sama akan berulang dalam diri wanita yang ingin tahu "Siapa sebenarnya lelaki ini.". Adakah lelaki bercinta hanya kerana nafsu binatang yang rakus dan wanita hanya mahukan lelaki sebagai sex partner? Adakah lelaki dan wanita bercinta untuk mencari kebahagiaan yang kekal dan abadi? Dan apabila suatu masalah selubungi pasangan yang bercinta. Lelaki sering menyalahkan wanita apabila tidak diberikan layanan yang baik. Wanita pula cukup sensitif bila lelaki tidak memberi perhatian pada dirinya dan mula menyalahkan lelaki. Siapa yang harus disalahkan lelaki atau wanita? Atau menyalahkan orang lain. Wanita salahkan lelaki. Lelaki salahkan wanita. Kenapa masing-masing tidak berani untuk salahkan diri sendiri. Bagus sangat ke menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan yang ada pada diri sendiri terlebih dahulu. Salahkan diri sendiri dan bertanya pada diri. Kamu "setia atau bodoh". Kamu yang bercinta. Kamu tahu jawapannya. Kamu juga tahu bagaimana kamu bercinta? kamu juga tahu kebahagiaan yang bagaimana harus kamu miliki? Tapi kamu juga harus tahu siapa kamu "setia atau bodoh.". Sekian...
p/s : cinta itu tidak egois dan hati mula berkata siapa.
p/s : cinta itu tidak egois dan hati mula berkata siapa.
p/s : tulisan ini dari koleksi karya aku yang lama.
No comments:
Post a Comment