September 14, 2008

Piramid Bodoh

Tak semua manusia suka berkongsi kasih. Kata kongsi saja dah menjelekkan. Inikan pula mengharap agar dia setia. Memang tak la. Suka ke jadi pihak ke-3. Suka ke terlibat di dalam piramid bodoh ni. Tepuk dada tanya selera. Perlukah kamu mengharap pada seseorang yang tak pernah nak kenal dan fahami perasaan kamu. Siapa kamu pada dia. Kalau kamu terlalu berharap. Satu saja kata di sini iaitu BODOH dan bukan JODOH kerana harapan itu hanya sia-sia dan kamu bukannya siapa-siapa. Dia pandang kamu pun tak ingin. Kamu pula mengharap lebih dan menanti agar dia menoleh. Tapi kamu tahu dia ada yang lain. Hadoi.... Kalau dia bersama kamu pun perasaan itu kerna terpaksa bukannya rela. Untuk kamu sahaja Tuhan telah janjikan yang terbaik hanya tunggu kamu saja untuk berdoa dan berusaha mendapatkannya. Bukannya dengan mengeluh. InsyaAllah yang terbaik itu akan hadir di sisi kamu. Aku bukannya baik sangat tapi jika tulisan aku ini bisa membantu kamu. Aku cukup bersyukur. Hanya nasihat yang mampu aku berikan. Seterusnya yang dinanti keputusan dari kamu.

2 comments:

Anonymous said...

ye..
akk sdg bersabar (:

BesaqKichik said...

baguslah kalau begitu.