September 24, 2008

Katakan Tidak

Kita boleh capai apa sahaja yang kita nak....

“Saat yang bermakna dalam hidup kita.”.

Awak tahu apa maksud saya? Tak. Kenapa tak tahu? Tak jelas sangat la. Dan sekarang saya nak bagitahu awak. Bagitahu saya apa? Bagitahu awak jangan sesekali katakan tidak! Ehhmmm… Semua yang awak nak sebenarnya ada di depan awak… Awak nampak tak? Awak sentuh tak? Awak dapat rasakan tak? Tak, Saya tak nampak dan tak rasa apalagi nak sentuh. Ya Tuhan, awak ada masalah yang sangat besar dalam hidup awak. Sangat sedih! Kerana saya buta dan mati. Ya Tuhan, sangat kasihan. Awak buta… Mati dan sekarang… Saya bercakap dengan hantu ke… Celaka… Tak, awak tak. Awak bercakap dengan diri awak sebenarnya. Tapi saya tak buta dan tak mati lagi. Awak buta dan mati dalam diam. Awak tak nampak diri awak, awak hidup sebenarnya tapi mati. Dan sekarang awak katakan saya bercakap dengan diri saya? Bingung ini… Ya, Tengok ni… Tengok apa… Cermin… Untuk apa? Awak nampak saya? Heloooo… Awak nampak saya tak? Ya, saya nampak awak… Tak, saya nampak diri saya… Saya nampak diri saya… Cuba awak sebut

“Jangan sesekali katakan tidak”.

Baiklah saya sebut....

“Jangan sesekali katakan tidak.”.

Kenapa nak saya sebut ni. Bingung lagi ini. Cari diri awak dulu dan awak akan tahu betapa bermaknanya kehidupan itu. Dan jangan terlalu kuat memberi alasan. Tak semua manusia boleh terima kerana mereka bisa jelak dengan awak. Hahahahahahahaha…. Awak harus berani untuk bangun dan katakan....

“Ya, saya mampu lakukannya.”.

Bagus sudah faham konsep dan jangan sesekali katakan TIDAK.

p/s : Tulisan ini dari koleksi tulisan Aku yang lama.

No comments: