September 18, 2008

Bila Cinta Tidak Akan Tiba

"Tok.. Tok.. Tok.. " pintu di ketuk.

"Cinta." Insan terperanjat.

"Ya, Cinta." Cinta jawab selamba.

"Kenapa kau hadir, tak perlu kot?" Insan berkata dengan memberi sindiran kasar.

"Untuk ucapkan selamat tinggal." Cinta jawab selamba lagi.

"Kau kejam, Cinta. Tak perlu... Pergi!" Insan menolehkan muka dan tidak mahu melihat Cinta.

"Jika hanya Cinta tidak akan tiba." Cinta hanya mampu menitiskan air mata kemudian menoleh dan mula melangkah.

"Maksud kau." Insan merasakan hairan.

"Cinta tidak akan tiba kerana Cinta tahu cinta itu akan diingati selamanya. Selamat tinggal." Cinta terus melangkah.

"Aku tak faham. Pandang aku."
Insan mula merasakan pedih dihatinya, kenapa perasaan itu timbul dia tidak tahu.

"Tak perlu faham. Jawapannya, selamat tinggal. Aku sayang kau... Selamanya." Cinta terus berjalan dan dirinya samar-samar hilang dari pandangan Insan.

p/s : Kita tidak akan tahu bila hati ini mulai mengenali erti cinta. Walau sekelumit mana pun kita tidak akan pernah tahu bila ianya tiba.

p/s : tulisan ini dari koleksi karya aku yang lama.

2 comments:

ceri masam said...

this one memang sayu gila! and i say it dengan nada roker yer! hehehe

susah wo bila cinta datang! sebab benda tu datang secara semulajadi. memang kadang2 insan geram dengan cinta sebab cinta tu boleh jadi satu substance yang menyakitkan. meruntun jiwa dan raga. sigh....

awak menulis seperti sudah biasa dengan keadaan cinta...

hmmm :)

BesaqKichik said...

"awak menulis seperti sudah biasa dengan keadaan cinta..."

Aku menulis kerna Aku masih lagi bercinta sekarang. Syukur.

Dan apabila Aku menulis karya ini Aku terfikir..

Apa akan jadi bila ia tidak hadir?