Kenapa kadang-kadang kesabaran kita sering dicabar. Kenapa kadang-kadang itu juga kesabaran kita masih lagi bertahan. Adakah kamu akan mencabar kesabaran kita selagi mana ia bertahan. Adakah kesabaran di dalam hidup kita ini tujuannya untuk dipermainkan oleh kamu. Kita sentiasa bersabar... bersabar... dan bersabar... Dan kenapa kamu sering membuatkan kita rasa tercabar. Tidak terfikirkah dek otak kamu yang bijak pandai itu yang kesabaran kita juga ada batasannya. Jangan sampai saat jadi kritikal baru kamu rasa kaku untuk mencabar. Jangan sampai diri malu sendiri. Kamu boleh senyum sekarang dan jangan pula kamu menangis dikemudian hari. Jadi jika kamu rasa diri kamu sering mempermainkan kesabaran orang lain. Berhentilah sebelum kamu mengalaminya. Berhentilah kerana orang lain itu punya perasaan. Berhentilah jika kamu ingin tersenyum. Berhentilah sebelum kamu menangis kerana amat yakin di sini yang kamu tidak ingin ia berlaku.
FAKTA@AUTA : Manusia sering tertekan jika kesabarannya sering ditekan.
FAKTA@AUTA : Manusia sering tertekan jika kesabarannya sering ditekan.
No comments:
Post a Comment