September 25, 2008

Tanah

.Penat siot bertani.
.Bukan bertani pun.
.Aku pergi buat projek student kat sini.
.Belakang Aku sawah padi tanjung karang.
.Petikan kata-kata nasihat dari seorang temanku.
.Nak kongsi dengan korang semua.
.Dari Tanah kita dicipta dan kepada Tanah kita berjasa kepada Tanah jugalah kita kembali.

Our Next PM...


From Permatang Pauh to Putrajaya
What do you think about him (Anwar Ibrahim)?
Is it true that he will be our next PM

Mansuhkannya

Sampai bila lagi harus ini jadi ikutan. Mansuhkan kerana ia hanya untuk kepentingan politik semata. Terlalu kerap digunakan untuk memperlihatkan betapa ianya berkuasa. Melihat yang tidak bersalah menjadi mangsa kekejaman dunia. Tolonglah mansuhkan ISA (macam merayu pun ada). Mansuhkan ISA la. Jangan fikir kepentingan peribadi. Mansuhkan ISA.

September 24, 2008

Impian Dan Cita-Cita

.Jadi Saya Harus Pandang Lebih Tinggi.
.Kerana.
.Saya Punya Impian dan Cita-cita.
.Kamu begitu juga bukan.

Katakan Tidak

Kita boleh capai apa sahaja yang kita nak....

“Saat yang bermakna dalam hidup kita.”.

Awak tahu apa maksud saya? Tak. Kenapa tak tahu? Tak jelas sangat la. Dan sekarang saya nak bagitahu awak. Bagitahu saya apa? Bagitahu awak jangan sesekali katakan tidak! Ehhmmm… Semua yang awak nak sebenarnya ada di depan awak… Awak nampak tak? Awak sentuh tak? Awak dapat rasakan tak? Tak, Saya tak nampak dan tak rasa apalagi nak sentuh. Ya Tuhan, awak ada masalah yang sangat besar dalam hidup awak. Sangat sedih! Kerana saya buta dan mati. Ya Tuhan, sangat kasihan. Awak buta… Mati dan sekarang… Saya bercakap dengan hantu ke… Celaka… Tak, awak tak. Awak bercakap dengan diri awak sebenarnya. Tapi saya tak buta dan tak mati lagi. Awak buta dan mati dalam diam. Awak tak nampak diri awak, awak hidup sebenarnya tapi mati. Dan sekarang awak katakan saya bercakap dengan diri saya? Bingung ini… Ya, Tengok ni… Tengok apa… Cermin… Untuk apa? Awak nampak saya? Heloooo… Awak nampak saya tak? Ya, saya nampak awak… Tak, saya nampak diri saya… Saya nampak diri saya… Cuba awak sebut

“Jangan sesekali katakan tidak”.

Baiklah saya sebut....

“Jangan sesekali katakan tidak.”.

Kenapa nak saya sebut ni. Bingung lagi ini. Cari diri awak dulu dan awak akan tahu betapa bermaknanya kehidupan itu. Dan jangan terlalu kuat memberi alasan. Tak semua manusia boleh terima kerana mereka bisa jelak dengan awak. Hahahahahahahaha…. Awak harus berani untuk bangun dan katakan....

“Ya, saya mampu lakukannya.”.

Bagus sudah faham konsep dan jangan sesekali katakan TIDAK.

p/s : Tulisan ini dari koleksi tulisan Aku yang lama.

September 23, 2008

Takutnyew...

.Gambar ni di ambil semasa Aku lepak dekat Genting.
.3 Hari 2 Malam.
.Gila cuak naik benda nie.
.Takut Terpelanting.
.Tapi Aku cuba jugak.
.Akhirnya muka Aku begini.
.Gila seronok.
.Hahahahahahahaha.

September 22, 2008

Puan Aelya

.Gambar ni Aku amik masa Lecturer kawan Aku kawin.
.Wajah tu penuh dengan kebahagiaan.

September 18, 2008

Bila Cinta Tidak Akan Tiba

"Tok.. Tok.. Tok.. " pintu di ketuk.

"Cinta." Insan terperanjat.

"Ya, Cinta." Cinta jawab selamba.

"Kenapa kau hadir, tak perlu kot?" Insan berkata dengan memberi sindiran kasar.

"Untuk ucapkan selamat tinggal." Cinta jawab selamba lagi.

"Kau kejam, Cinta. Tak perlu... Pergi!" Insan menolehkan muka dan tidak mahu melihat Cinta.

"Jika hanya Cinta tidak akan tiba." Cinta hanya mampu menitiskan air mata kemudian menoleh dan mula melangkah.

"Maksud kau." Insan merasakan hairan.

"Cinta tidak akan tiba kerana Cinta tahu cinta itu akan diingati selamanya. Selamat tinggal." Cinta terus melangkah.

"Aku tak faham. Pandang aku."
Insan mula merasakan pedih dihatinya, kenapa perasaan itu timbul dia tidak tahu.

"Tak perlu faham. Jawapannya, selamat tinggal. Aku sayang kau... Selamanya." Cinta terus berjalan dan dirinya samar-samar hilang dari pandangan Insan.

p/s : Kita tidak akan tahu bila hati ini mulai mengenali erti cinta. Walau sekelumit mana pun kita tidak akan pernah tahu bila ianya tiba.

p/s : tulisan ini dari koleksi karya aku yang lama.

Setia Atau Bodoh

Aku ingin bertanya. Di dalam percintaan ; Dimanakah letaknya diri kamu "setia atau bodoh."? Dalam norma-norma percintaan kebanyakannya akan bertanya tidak kira lelaki atau wanita. Yang lelaki akan bertanya "Apa yang wanita inginkan dalam percintaan." dan begitu juga sebaliknya. Pertanyaan yang sama akan berulang dalam diri wanita yang ingin tahu "Siapa sebenarnya lelaki ini.". Adakah lelaki bercinta hanya kerana nafsu binatang yang rakus dan wanita hanya mahukan lelaki sebagai sex partner? Adakah lelaki dan wanita bercinta untuk mencari kebahagiaan yang kekal dan abadi? Dan apabila suatu masalah selubungi pasangan yang bercinta. Lelaki sering menyalahkan wanita apabila tidak diberikan layanan yang baik. Wanita pula cukup sensitif bila lelaki tidak memberi perhatian pada dirinya dan mula menyalahkan lelaki. Siapa yang harus disalahkan lelaki atau wanita? Atau menyalahkan orang lain. Wanita salahkan lelaki. Lelaki salahkan wanita. Kenapa masing-masing tidak berani untuk salahkan diri sendiri. Bagus sangat ke menyalahkan orang lain tanpa melihat kelemahan yang ada pada diri sendiri terlebih dahulu. Salahkan diri sendiri dan bertanya pada diri. Kamu "setia atau bodoh". Kamu yang bercinta. Kamu tahu jawapannya. Kamu juga tahu bagaimana kamu bercinta? kamu juga tahu kebahagiaan yang bagaimana harus kamu miliki? Tapi kamu juga harus tahu siapa kamu "setia atau bodoh.". Sekian...

p/s : cinta itu tidak egois dan hati mula berkata siapa.
p/s : tulisan ini dari koleksi karya aku yang lama.

Apabila Tulisan Itu Mulai Bosan

Apabila seramai mungkin yang membaca penulisan Aku dari hari ke sehari. Adakah punya peningkatan di situ atau penulisan aku hanya biasa? Aku tak banyak membaca. Jadi penulisan Aku tidaklah semahal dan bergaya intelektualnya hanya biasa saja. Aku menulis menggunakan bahasa sehari-hari yang mungkin murah dan tiada nilai intelek tapi tidak salah bukan Aku mahu menulis. Menulis melalui pengamatan cahaya yang menghasilkan imej di mata dan terus di analisa oleh otak untuk Aku faham apa yang terjadi di sekeliling Aku. Seronok sebenarnya apabila Aku menulis tetapi Aku bukan penulis. Satu medium yang Aku guna untuk ketengahkan apa saja yang Aku mahukan dan ingin Aku suarakan. Kalau penulisan Aku ini tiada lenggok gaya bahasa yang cukup indah seperti saat Aku belajar sastera masa tingkatan 5 dahulu Aku minta maaf banyak-banyak mungkin bahasa kreatif ini tidak pula Aku aplikasikan di dalam penulisan Aku. Penulisan itu sebenarnya harus ditulis mengenai apa yang kita tahu dan boleh diceritakan secara bebas. Kalau kita tidak tahu dan menyibukkan dengan teori yang kita tidak faham. Kita akan terikat dan tulisan kita akhirnya tidak bermaya dengan kata lain kita tidak tahu langsung kita tulis mengenai apa. Dan "Apabila Tulisan Itu Mulai Bosan", Aku mengkaji segala yang pernah Aku tulis dan akhirnya Aku faham mengapa? Lalu Aku tersenyum sendiri. Manusia tidak pernah puas dengan pencapaiannya sehingga sanggup menggapai sesuatu yang tak tercapai dek akal yang mana terlalu tinggi dari tahap pemikirannya sekarang dan ingin pergi jauh tanpa pengisian. Lalu Aku tersenyum lagi. Kurang bijak dalam penyusunan serta pengisian. Ungkapan paling sesuai. Apa ya? Mungkin BxDxH.

p/s : Jika kita mulai menulis. Menulislah mengikut kemampuan. Biarlah orang nak kutuk tahap pemikiran kita janji tidak kita berlagak pandai.

Mencari Yang Hilang

"Kita selalu mencari tanpa ketahui apa yang hilang."

Apa yang kita cari sebenarnya dalam kehidupan ini. Kita tahu pabila lahirnya kita sudah tertulis bila ajal kita akan tiba. Kita tahu tatkala datangnya sesuatu kita harus bersedia akan pemergiannya. Kalau kita tahu kita sakit kenapa harus menyakiti? kenapa tidak mengubati? Kalau kita tahu kita dapat melihat kenapa kita butakan mata dan kalau tahu kita buta kenapa ditutupi hati?

"Tuhanku Aku tidak layak masuk syurgamu namun tak berupaya menghadapi api nerakamu terimalah taubatku dan ampunkan dosa-dosaku.".

Kalau takut pada dosa-dosa kenapa tidak membuat amalan dan meninggikan darjat pahala. Apa yang hilang sebenarnya dalam diri kita? Apa yang kita cari sebenarnya? Kehilangan itu membuatkan kita terbelenggu didalam diri sendiri. Hahahahahahahaha.. Tolong bagi tahu kita semua apa yang hilang? Kita semua rayu pada mereka yang bisa membantu.

Sabar

Kenapa kadang-kadang kesabaran kita sering dicabar. Kenapa kadang-kadang itu juga kesabaran kita masih lagi bertahan. Adakah kamu akan mencabar kesabaran kita selagi mana ia bertahan. Adakah kesabaran di dalam hidup kita ini tujuannya untuk dipermainkan oleh kamu. Kita sentiasa bersabar... bersabar... dan bersabar... Dan kenapa kamu sering membuatkan kita rasa tercabar. Tidak terfikirkah dek otak kamu yang bijak pandai itu yang kesabaran kita juga ada batasannya. Jangan sampai saat jadi kritikal baru kamu rasa kaku untuk mencabar. Jangan sampai diri malu sendiri. Kamu boleh senyum sekarang dan jangan pula kamu menangis dikemudian hari. Jadi jika kamu rasa diri kamu sering mempermainkan kesabaran orang lain. Berhentilah sebelum kamu mengalaminya. Berhentilah kerana orang lain itu punya perasaan. Berhentilah jika kamu ingin tersenyum. Berhentilah sebelum kamu menangis kerana amat yakin di sini yang kamu tidak ingin ia berlaku.

FAKTA@AUTA : Manusia sering tertekan jika kesabarannya sering ditekan.

September 14, 2008

Aku Di Mana

. Berdirinya Aku ditengah-tengah orang awam.
.Aku yang mana.
.Yang dekat tengah-tengah tu.
.Tak nampak ke.
.Budak baju hijau yang agak comel tu.
.Gila puji diri sendiri.
.Hahahahahahahahahaha.
.Jangan marah :).

Surat Terakhir Untuk Papa

"papa, adik nak mama."
Adik hanya mahukan mama
adik selalu tanya papa
pertama ;
"mama pergi mana?"
kedua ;
"dah lama adik tak jumpa mama."
ketiga ;
"adik nak mama."
tapi papa selalu jawab
pertama ;
"mama dah pergi jauh."
kedua ;
"mama takkan datang adik."
ketiga ;
"papa pun nak mama."
tapi papa ada tambah jawapan.
keempat ;
"adik akan faham bila adik dah besar.
Kenapa mama tak boleh jumpa adik."
sekarang adik dah faham
sebab adik juga akan pergi.
papa jangan menangis ya.
adik nak papa senyum.
senyuman papa membawa adik ke syurga.
senyuman papa membawa adik pada mama.
papa jangan la menangis.
adik nak papa gembira.

Yang sangat sayang papa.
Adik.


p/s : tulisan ini dari koleksi karya aku yang lama.

Video Pertama Untuk Kichik

.Ini adalah video pertama yang Aku edit untuk Kichik.

Kau Tak Akan Salahkan Diriku Lagi

Aku tahu
betapa sulit
memilih
antara kata-kata
dan segenggam rasa

Aku tahu
betapa rumitnya
menghakim
antara sekian salahmu
dan beberapa dosaku

Kita kembalilah pada keadaan
dan kita bercerita tentang kepayahan
betapa
antara seribu kata
yang terasa didustakan
atau sebuah kejujuran
yang dipagari kesangsian

Kau juga tak mungkin memilih
semua pilihan
bagai aku
yang tak mungkin mengota
segala yang kukatakan
namun
dihujung keresahan nanti
kita harus kembali memahami
dan kau tak perlu salahkan
diriku lagi.

Karya : Lim Swee Tin
Keluaran : Majalah Jelita
Bertarikhkan : bulan Ogos 1979

Petikan ini diambil dari buku "Menyusur Musim" Lim Swee Tin cetakan pertama 1991 keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka [DBP].

Piramid Bodoh

Tak semua manusia suka berkongsi kasih. Kata kongsi saja dah menjelekkan. Inikan pula mengharap agar dia setia. Memang tak la. Suka ke jadi pihak ke-3. Suka ke terlibat di dalam piramid bodoh ni. Tepuk dada tanya selera. Perlukah kamu mengharap pada seseorang yang tak pernah nak kenal dan fahami perasaan kamu. Siapa kamu pada dia. Kalau kamu terlalu berharap. Satu saja kata di sini iaitu BODOH dan bukan JODOH kerana harapan itu hanya sia-sia dan kamu bukannya siapa-siapa. Dia pandang kamu pun tak ingin. Kamu pula mengharap lebih dan menanti agar dia menoleh. Tapi kamu tahu dia ada yang lain. Hadoi.... Kalau dia bersama kamu pun perasaan itu kerna terpaksa bukannya rela. Untuk kamu sahaja Tuhan telah janjikan yang terbaik hanya tunggu kamu saja untuk berdoa dan berusaha mendapatkannya. Bukannya dengan mengeluh. InsyaAllah yang terbaik itu akan hadir di sisi kamu. Aku bukannya baik sangat tapi jika tulisan aku ini bisa membantu kamu. Aku cukup bersyukur. Hanya nasihat yang mampu aku berikan. Seterusnya yang dinanti keputusan dari kamu.

Kenangan Di KL SENTRAL

.Wanita yang berada di sisi aku inilah Kichik.
.Memori ini akan Aku simpan sampai bila-bila.
.Aku nak Kichik tahu yang.
.AKU SAYANG KICHIK SANGAT-SANGAT.
.Kebahagiaan Aku adalah Kichik.


Model Yang Bosan

.Bosan Sangat Tapi Kenapa?.
.Bukan Bosan La, Saja Je Buat Muka Macam Tue.
.Hahahahahahaha.

Anak Itu Tidak Berdosa

Aduh! Jerit suara anak itu.
Tak nak mak,
Tak nak ayah,
Jerit rayu anak itu.

Hati anak itu digilis-gilis,
Air mata anak itu direnjis-renjis,
Peluh merah anak itu mengalir deras,
Baju badan anak itu dikupas-kupas.

Suaranya hanya sengsara,
Hatinya untuk berduka,
Anak itu tidak berdosa,
Hanya mangsa ganas manusia.

Anak itu...
Otaknya hanya fikir bebas.

Membaca Satu Amalan Mulia

.Jauh Di Pandang Luas Pengalaman.