October 20, 2008

Entri Kakak Aku 2

TENTANG PERASAAN LELAKI DAN PEREMPUAN

Perempuan : Awak sayang saya?
Lelaki : Sayang.
Perempuan : Sayang yang macam mana?
Lelaki : Macam Awak cuba tangkap hujan.... Yang Awak tak dapat tangkap tu la banyak dia saya sayang.

Terima kasih lelaki.. perempuan ini pun!

Hasil Tulisan & Pemikiran :
O'Canana

Entri Kakak Aku

YANG TERHALUS TENTANG PERASAAN SEORANG PEREMPUAN

Selamat datang lelakiku
Ayuh duduk bersila hadap menghadap
Hulurkan kedua tapak tanganmu
Satukan dengan tapak tanganku
Satu itu kau dan aku
Biarkan mata kita berbicara
Ungkapkan semua rahsia
Persetankan degup jantung itu
Bersuaralah hati kecil kita

Yang sebenarnya,
hanya sebaris ayat ingin aku bisikkan di cuping telingamu
HALALKANLAH AKU!

Hasil Tulisan & Pemikiran :
O'Canana

Komentarku Entriku

"Komentar Aku yang Aku fikir harus dijadikan Entri Aku."

Jika melihat pada umur.
Lihat juga pemikirannya.
Lihat juga isi hati kita.

Bak kata seorang sahabat :

Bicarasamaawan.wordpress.com

"Cinta tidak semestinya dinilai pada jodoh. Cinta dinilai dari sudut sejauh mana kita mengejarnya untuk bersama-sama kita. Jodoh kita letakkan di hujung sudut selepas kita berhempas pulas berkejaran cinta."

hahahahaha...

Jadi berlaku sesuatu yang tak terduga itu bukan ukuran sebenarnya tetapi ujian buat kita. Tetapi bagaimana kita membuat sesuatu hubungan itu lihatnya amat bernilai bagi kedua-dua pihak. Ibarat nak lepas memang tak sanggup, nak genggam kuat sangat takut sakit. Nak belai sangat pun takut menjadi-jadi. Nak Kongkong takut sakit hati.

Fikir-fikirkanlah.

Ujian itu menguji keutuhan sebuah perhubungan jadi jangan la selalu mengeluh serta menyalahkan sebelah pihak. Harus lihat diri sendiri dahulu dan juga selalu toleransi. Mungkin dengan cara ini kita dapat lihat di satu sudut yang terpendam sangat jauh dan kita pasti akan bertanya.

"Kenapa ia jadi begitu?"

"Owh, patutlah jadi begitu."

Dan pabila kita sudah melihat sesuatu itu dengan cukup jelas. Hati kita yang akan membuat keputusan siapa itu yang akan miliki hati ini dan otak kita akan buat penilaian sejauh mana ia mampu memberi kebahagiaan pada hidup kita.

Jadi tepuk dada tanya selera.
Soal hidup bukan hal main-main.

October 15, 2008

Aku Pukul Orang.

Ini projek Aku masa tahun 2 di Akademi Seni Kebangsaan (ASK). Projek ni Aku buat untuk kelas Pengarahan 2 ; Develop Character. Yang korang tengok dekat atas ni gambarnya sahaja tapi sebenarnya projek Aku ni sebuah video pendek yang mana durasinya tidak boleh melebihi 2 minit hingga 5 minit. Tajuk video pendek Aku ni "PUKUL.". Ini antara percubaan-percubaan Aku yang Aku rasa gagal kerana Aku membuat jalan cerita pada minit-minit terakhir. Apa yang Aku fikirkan dalam kepala otak Aku, tak dapat Aku sampaikan dalam bentuk visual. Apa-apa pun Aku tetap berterima kasih kepada semua yang terlibat dalam projek Aku ni. Tak ramai pun yang terlibat 4 orang je iaitu;
Nur Illi Husna (Videographer), Mohd Imran Yusoff (Pelakon), dan Mohd Amin (Jurugambar dan Crew).

October 14, 2008

Aku, Juri & Penjurian

Sabtu, 11 oktober 2008 : Sungguh tak Aku sangka. Aku menjadi Juri untuk Program Hari Usahawan di Sekolah Kebangsaan Seri Tasik, Salak Selatan. Korang teka la Aku jadi juri apa? Aku pun masih ingin gelak bila terkenangkannya.. Hehehehehe.. Aku jadi juri untuk pertandingan tarian dan nyanyian solo serta berkumpulan. Aku bukannya reti nak komen tapi Aku cakap lepas je tapi Aku jaga jugak la perasaan budak-budak yang masuk pertandingan tu. Macam mana sekalipun, berterima kasih Aku kepada kawan Aku yang bernama Siti Aisyah Ali kerana menjemput Aku dan memberikan kenangan ini dekat Aku. Aku suka budak-budak. Aku suka tengok gelagat diorang. Semuanya comel-comel tapi ada gak yang nakal. Ehmmmm.. Masih Aku nak gelak bila teringat.. Aku.. Juri.. Hahahhahahaha.. Aku dah tak boleh nak cerita mesti Aku nak gelak. Korang tak tengok muka Aku masa bagi komen gila poyo sebelum tu bukan main cuak. Mesti budak-budak tu kata :

"Poyokan Abang yang pakai baju kemeja merah dekat tengah tu."

Atau budak-budak tu akan kata :

"Abang yang pakai kemeja merah tu comelkan."

Sekadar selingan... Jangan marah... Hahahahahahaha... Sebab Aku pun rasa yang Aku ni poyo sikit masa tu. Dah Aku tak tahu macam mana mahu cerita lagi. Korang bayangkanlah macam manalah agaknya suasana masa Aku jadi juri hari tu. Hahahahahahaha...

October 13, 2008

Masih Sempat Lagi!

Edit By : Nur Syaima Nabila
Masih sempat lagi bagi Aku [Saiful Zanawi] dan Pasangan Hidup Aku [Nur Syaima Nabila] untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.

October 8, 2008

Sebuah Permulaan!

Photographer & Edit By : Saiful Zanawi Bin Mohd Nawi
Aku baru nak menceburi bidang edit-mengedit gambar ini. Aku amat-amat memerlukan tunjuk ajar dari kalian semua. Kalau ada kritikan terhadap apa yang Aku lakukan ini. Aku amat-amat memerlukannya. Kerana apa? Kerana ingin memajukan lagi hidup Aku ke hadapan. Dan ini hanyalah 'Sebuah Permulaan' yang membawa perubahan seterusnya. Jadi jangan segan-segan silu menutup muka dengan bantal. Silalah menjadi pengkritik yang bebas. Adios.

Gigi Aku Sakit Lorh..

Kacau betul hari ni.. Gigi Aku sakit.. Hadoi.. Gusi Bengkak.. Tak boleh nak duduk diam sikit.. Asyik berdenyut-denyut.. Hadoi, sakitnya gigi.. Bengang betul Aku.

October 7, 2008

Hidup Sosial... Ehmmmm!

"Biarlah apa orang nak fikir tentang Aku. Pentingnya di sini tidak Aku kacau kehidupan mereka."

Salah ke kalau Aku nak jalan sorang-sorang. Aku peduli apa orang nak kata. Orang nak kata :

"Kau ni takde social life ke."

Peduli apa Aku hidup Aku. Adakah Aku berada di dalam kelompok sosial? Ya, Aku ada didalamnya. Cukuplah jika aku katakan aku bekerja, bermain, berinteraksi, berhujah, berhibur serta bergaul antara satu sama lain.

Aku rasa itu pun dah cukup sosial, jadi salah ke kalau aku nak jalan sorang-sorang tapi kalau nak teman Aku apa salahnya bukannya Aku halang (harus tonton situasi juga, bukan boleh main serbu ikut jew).

Tetapi bagi mereka yang tidak faham adakalanya kita perlu bersendiri dan apabila kita duduk sorang-sorang pun kiraannya sosial juga apa… Asalkan kita ada perangai sebab ia menunjukkan perwatakan kita.

Terlalu sosial pun tak elok sangat takut jadi sial plak nanti. Hahahahahahaha...