March 30, 2009

Cinta Itu Yang Kau Rasakan

Aku menangis dalam senyuman
Itu kegembiraan kamu
Tidak akan Aku tunjukkan tawa tangisku
Hanya yang kumahu hanya senyumanmu

Aku marah dalam keriangan
Itu keceriaan kamu
Tidak akan Aku persembahkan garau suaraku
Hanya yang kumahu hanya kegembiraanmu

Aku sakit dalam sihat
Itu akan ku pendam
Kerana merisaukan kamu
Tidak akan Aku lakukan sekali-kali

Aku sayang kamu
Aku rindu kamu
Dan segalanya buat kamu

Cinta yang terpendam
Cinta itu yang Aku luahkan
Cinta itu yang kau rasakan.

Untuk Kawan-Kawan Yang Mungkin Terasa

Manusia tidak dapat menerima cara bicara dan juga sifat aku tetapi kesempurnaan itu bukan milik kamu. Aku hanya mahu menjadi sifat Aku sendiri.

Kenapa ada yang harus benci dan tidak suka... Sifat manusia mungkin, jadi Aku terima dengan senyuman dan gelak tawa..

1. Takut untuk berbicara dengan Aku?

Aku manusia dan bukannya syaitan (kadang2 mungkin). Kenapa harus takut? Kamu berkawan dengan Aku atas sebab takut atau atas sebab kawan. Jika atas sebab takut. Nasihat Aku Cuma satu…

“Berlarilah kamu jauh-jauh dari Aku supaya kamu tidak takut lagi. Aku tidak mahu menjadi ketakutan dalam hidup kamu.”

Jika atas sebab kawan. Aku akan katakan…

“Hulurkan tangan, Aku sedia untuk membantu apa jua jenis dugaan kehidupan ini bersama kamu kerana kamu adalah kawan Aku.”

2. Pemakaian Aku tidak sehebat kamu?

Aku tidak sehebat kamu kerana pemakaianku hampir sama setiap masa. Aku minta maaf kalau pemakaian Aku memberi rasa janggal pada kawan-kawan tapi itu sahaja yang Aku mampu. Kalau ada duit lebih mungkin akan ada baju baru.

“Itu je satu-satunya baju kemeja yang dia ada dari dulu sampai sekarang, belanjalah dia baju, Aku rasa beli bundle pun dia tak kisah kot.”

Penghinaan yang akan Aku akan ingat sampai bila-bila. Kenapa Aku katakan ia satu penghinaan terhadap diri Aku adalah atas sebab bercakap di belakang Aku. Jika ayat ini keluar di depan Aku secara berdepan Aku masih boleh terima sebagai gurauan. Apa yang boleh Aku katakan terhadap penghinaan itu sekarang adalah…

“Minta Maaf, Aku lebih selesa jadi diri Aku. Jika Aku hanya mampu untuk memakai pemakaian seumpama itu yang tidak se’level’ kamu. Aku masih lagi bersyukur kerana tidak Aku bogel bila aku pergi ke mana-mana. Masih lagi ada pakaian.”

3. Aku berlagak Seni…?

Aku tidak pernah mempunyai seni. Aku bukan anak seni, cuma belajar dalam seni dan masih lagi mencari seni dalam diri. Aku bukan dilahirkan oleh Ibuku dengan segala kebolehan tetapi Aku masih mencari dan terus mencari.

Bagi Aku seni di dalam diri seseorang itu datangnya dari rasa dan pemikiran..

“Seni adalah rasa dan pemikiran.”
“Art is all about Taste and Intelectual.”

Gila Poyo Aku nak alih bahasakannya… Kalau ada antara mereka yang mengatakan Aku berlagak Seni.

Ini Kenyataan Aku..

“Aku bukan Anak Seni tetapi belajar untuk mencari Seni.”

Adakah Aku akan berlagak?

Mungkin ya dan mungkin Aku akan bersyukur jika segala apa yang tersurat dan tersirat di dalam urat-urat pemikiran ini dapat dilontarkan dan diterima oleh masyarakat di luar sana yang mengakui Aku sebagai seorang Anak Seni dan bukannya berlagak Seni. (Jalan Ini Masih Jauh Mungkin Tidak Terkejar… Hahahahaha)


Dan untuk kawan-kawan yang mungkin terasa Aku minta maaf kerana Aku lebih selesa menjadi diri Aku.

17 Januari 2009 Yang Lalu

Kalau ditanya sekarang jam berapa? Aku akan jawab sudah jam 5.20 Pagi bertarikhkan 17 Januari 2009.

Jika kamu tanya apa yang Aku lakukan sekarang jawabnya mudah sahaja duduk di atas kerusi di tepi jendela hanya menanti matahari terbit itupun jikalau Aku tidak mengantuk dan ingin terus tidur.

Aku penat sangat tapi tadi sebelum pulang masih lagi melepak di warung mamak bersama teman-teman diskusi berdiskusi bermacam-macam dan segala jenis hal, ketawa sehingga pagi, mata ini penat tapi di tahan hanya kerana ingin bergembira.

Itulah kehidupanku jika boleh tidak ingin Aku menangis, hanya ingin ketawa dan bergembira. Hehehehe… Tapi apakah itu mungkin… Tinggalkan Hal ini… Embun pagi ni sudah mulai turun sejuk sekali, badan sudah rasa sengal-sengal.

Aku ingin lihat matahari naik.. Eh, Aku dengar ayam berkokok. Aku di tingkat 12 boleh dengar ayam berkokok. Gembira dan rasa lucu suasana desa masih wujud di Bandar. Tapi apa akan daya bunyi ayam itu hanya untuk seketika selepas ditutupi oleh bunyi-bunyi berat dari kenderaan-kenderaan besi.

Azan subuh sedang menunggu masa untuk berlabuh di cuping telinga manusia-manusia yang sedang tidur supaya bangun dan lakukan tanggungjawab mereka. Aku juga diingatkan untuk tidak melepaskan tanggungjawabku. Aku sudah mengantuk. Tidak dapat Aku langsaikan tanggungjawabku. Aku ingin tidur. Adakah azan subuh akan mengejut Aku untuk bangun semula. Mungkin tipis untuk Aku bangun. Kadang-kala sengaja Aku tinggalkan tanggungjawab Aku di waktu pagi meskipun Aku terjaga.

Ada motor di bawah tapi sebentar sahaja Aku dapat melihat ia sudah berlalu pergi. Kereta juga sama. Semua juga sama. Hari yang gelap ini juga akan pergi kerana hari yang cerah itu menunggu peluang untuk sinari semula. Ayam berkokok lagi. Aku masih dengar Cuma ia jelas dan tidak jelas adakalanya kokokan ayam itu jadi kuat. Kalau di kampung pasti bunyinya seolah-olah di sebelah telinga. Hehehehehe… Seronok juga jika pulang ke kampung sekali-sekala.

Kampung Aku ada dua jika ikut sebelah Abah di Kelantan dan jika ikut sebelah Mama di Sarawak. Jika ikut Aku kampungku di Negeri Sembilan kerana Aku dilahirkan oleh Mama di situ. Aku segan untuk menyebut ini tapi Aku sayang Mama. Aku juga sayang Ayah. Rindu untuk pulang ke Negeri Sembilan dan rindu sangat untuk berjumpa mereka tapi Aku ada satu perangai pelik iaitu tidak suka dipaksa untuk pulang ke kampung atau rumah. Aku lebih suka jika Aku sendiri yang mahu pulang. Tapi, jika mahu tunggu Aku pulang gila lambat.

Kereta dah banyak atas jalan raya, Aku dekat tingkat 12 dah bosan dengar bunyi bising. Aku mahu tidur. Selamat tinggal semua. Aku mahu tidur. Kamu juga tidur ya. Tidur dengan nyenyak dan eh, pak cik bas dah memulakan tugasnya. Tapi, takpe Aku masih mahu tidur. Tidur dulu ya. Jumpa lagi nanti. Daaaaaaaaaa….

March 26, 2009

Mencari Storyboard Artis

Pelukis : Mansur
Edit : Aku

Anak-Anak Kecil

Pada suatu ketika dahulu pernah Aku katakan kepada temanku.

"Aku tak tahu kenapa Aku dapat rasa naluri seorang Ayah."

Mungkin sebab kerana Aku sukakan anak-anak kecil dan pada satu ketika itu juga Aku terfikir tentang Ayah Aku. Adakah Ayah Aku suka apa yang Aku lakukan sekarang ini. Aku suka anak kecil tapi Aku tak suka yang nakal-nakal dan bila fikir balik masa kecil Aku dulu pun bukannya Aku baik sangat. Aku gelak sendirian. Adakah kelakar jika Aku menjadi Ayah pada usia muda? Aku berfikir sejenak. Adakah Aku akan menjadi seorang Ayah yang baik?

Melihat anak-anak kecil yang mengemis di jalanan. Aku bertanya di hati yang sedu ini dimanakah ibu dan ayah mereka dan tidakkah mereka kesiankan anak-anak mereka yang mengemis.

Aku berfikir jika kerajaan ini Aku yang punya akan Aku tubuhkan kawasan kebajikan untuk anak-anak jalanan. Berikan mereka pendidikan. Aku akan kerahkan satu unit khas untuk tangkap (membawa pulang mungkin lebih sesuai) kesemua anak-anak kecil di jalanan secara berperingkat dan akan Aku berikan kehidupan yang lebih baik dari hidup di atas jalanan. Jika ibu dan ayah mereka mahukan anak mereka kembali Aku akan katakan;

"Buktikan pada Aku yang kamu mampu menjadi Ibubapa yang baik sebelum Aku membenarkan kamu membawa anak kamu keluar."

Jika ada antara mereka yang bertanya pada Aku kenapa lakukan begini. Aku hanya akan katakan.

"Jika banduan mampu diberi makan, inikan pula anak-anak kecil yang hidup dijalanan. Kalau banduan boleh kita dirikan tempat tinggal apa salahnya kita bina sebuah tempat tinggal untuk anak-anak kecil ini."


Itupun kalau kerajaan ini Aku yang punya. Aku tak tahu kenapa setiap pemimpin sering mengatakan "Anak Muda adalah pemangkin negara." bila masalah kecil begini tidak mereka lakukan dengan sebijaknya. Adakah wajar Aku katakan tiada anak muda yang akan memangkin negara ini ke arah yang lebih baik melainkan negara ini mempunyai seorang Ayah.

Bapa Pembangunan
Bapa Kemerdekaan
Bapa Hadhari
Bapa Ekonomi
Bapa Bahasa
Apa Bapa lagi..

Kenapa tiada Ayah kepada setiap Pemangkin Negara yang terbiar di jalanan ini.

Maaf ya, sebenarnya Aku hanya ingin bercerita ringkas mengenai naluri seorang ayah di dalam diri tapi tidak tahu pula akan meleret sampai begini. Mungkin kerana menyampahnya Aku kepada pemimpin yang ada kini. Lihat dahulu yang kecil jangan berlagak untuk lakukan yang besar. Aku senyum lagi.

Anak-anak kecil dijalanan itu bukan dilahirkan untuk meminta simpati. Anak-anak kecil itu tidak mahu kenapa bila kita tanya pada anak-anak kecil itu mereka akan kata : “dah biasa hidup macam ni.”. Siapa yang membiasakan kehidupan itu pada mereka jika bukan mereka yang dewasa yang ingin mengaut keuntungan dari sifat raih simpati anak-anak kecil yang bertaraf Oscar ini.

Selamatkanlah Anak-anak kecil ini.

Jika kita boleh menyelamatkan haiwan dari pupus di Dunia ini. Kenapa hal seumpama ini tidak di ambil kira. Anak-anak kecil itu memang tidak menangis tapi siapa yang tahu kesedihan yang di alami oleh mereka. Pernah terfikir tentang itu. Anak-anak kecil itu sentiasa mengharapkan bebas dalam dunia ini dengan riang dan bukannya bebas berkeliaran.

Selamatkanlah Anak-anak kecil yang teraniaya masa depan dan juga kehidupannya. Bangkitkan kesedaran di minda bijak pemimpin dan bukannya duduk memerhati dan senyap lalu hilang begitu sahaja. Lihatkan keperimanusiaanmu dan janganlah mengaut keuntungan sahaja. Sekian.

March 19, 2009

March 17, 2009

Saiful Tanggang


Akulah nakhoda...

Aku ada lagu...

"Tanggang la yang balik...
Aaaa.......
Tanggang la balik.."

Hahahahahahaha...

Tidak Sempurna

Aku rasa sedih hari ini.
Aku nak menangis tapi tak dapat tak nak mengalir.
EGO kuat siot.
Biarlah tidak mahu Aku fikirkan lagi.

Ucapan Ringkas

Sesaat hidup Aku ada sedikit porak-peranda dalam hubungan yang penuh dengan rasa cinta tapi marilah kita doakan yang terbaik semoga ianya kekal hingga ke akhirnya... Amin..

Saiful Selamat



Kekasih Saiful Selamat adalah Syaima Chombi.
Syaima Chombi,
Abang Saiful Sayang Syaima Chombi


(Syaima Sabariah tak wujud dalam citew ini sebab dah kahwin dengan Dr. Saiful Ismadi)

Lompat-Lompat Riang

Mereka melompat riang di Lensa mataku dan Aku hanya menatap keriangan itu dengan penuh senyuman. Biarpun komposisi ini kelihatan klise seperti yang orang lain lakukan tapi bagi Aku gambar ini penuh keriangan. Kalau ada mereka yang ingin kritik. Peduli apa Aku sebab mereka mewujudkan keriangan dan memberikan Aku senyuman. Terima kasih semuanya..

Penarik Beca

Cerita selanjutnya akan menyusul kemudian...

March 10, 2009

Teka Wajah...


Jawapannya : Aku... Hahahahahaha :)
Pic ini tidak diedit..
Photographer : Aku

Ngantuk La...



Model : Anak Buah Nur Syaima Nabila (Kekasih Aku)
Photographer : Aku

Tugasan Baru

Model : Fieza
Photographer : Aku

March 3, 2009

Apa Itu Kecewa...

Tiada timbang tara antara rasa dan ia menari sumbang di dalam hujan...