November 25, 2008

Maaf

Maaf bila Aku ulanginya berulang kali
Maaf bila pernah Aku sakiti hatimu
Maaf bila terkasar bahasa denganmu
Maaf kerana terlupa untuk menjaga hatimu
Maaf kerana tidak berada disisimu
Maaf kerana tidak menemani dirimu
Maaf kerana tidak menyuapkan makan dan minum untukmu
Maaf kerana selalu merepek
Maaf kerana tak selalu nak memahami
Maaf kerana Aku tidak memelukmu
Maaf kerana tidak Aku kesat air matamu
Maaf kerana Aku yang menangis sebenarnya
Maaf kerana Aku jadi tunggul
Maaf kerana tidak menolongmu
Maaf kerana Aku menurut sahaja kemahuanmu
Maaf kerana Aku terlupa siapa Aku sebelum memiliki dirimu
Maaf kerana meminta dirimu untuk selalu mengingatkan Aku
Maaf kerana Aku meletakkan maruah Aku dibawah kaki Aku sendiri
dan
Maaf itu hanya akan terjadi jika Aku sahaja yang salah
Maaf bila Aku bertanya padamu untuk kongsi segala-galanya pada Aku
Maaf juga kerana agak memaksa dirimu kongsi segala beban itu
Maaf sekali lagi kerana Akulah tunggul itu di dalam perhubungan ini
Maaf kerana tidak Aku dapat berbuat apa-apa walau telah sedaya upaya mencuba
Maaf mungkin Aku tidak bagus
Maaf mungkin Aku mengganggu
Maaf mungkin Aku bukan tempat untuk diceritakan segala suka dan duka
Maaf... Jadi hubungan ini untuk apa
JIKA AKU TIDAK BERFUNGSI

MAAF...
MAAF...
Gunakanlah Aku sebaik-baiknya dan bukan mempergunakan Aku
Maaf kalau Aku katakan Aku sentiasa ada untuk dirimu
Maaf kalau Aku tegaskan dengan sikap Aku
Maaf kalau Aku memeluk erat dirimu di hati ini.
Maafkan Aku jika Aku memarahimu disaat dirimu katakan tidak mahu mengganggu masaku
Di saat Aku membuat keputusan untuk bersamamu
Dirimu harus tahu
Aku telah bersedia untuk bersamamu selamanya
Maaf mungkin Aku bukan yang terbaik tetapi Aku mencuba untuk lakukan yang terbaik untuk dirimu kerana Aku terlalu SAYANGKAN KAMU.

p/s : Terlalu mencintai seseorang adalah satu perkara yang amat susah untuk di kawal.

November 18, 2008

Apahal, Kamu Romantis

Apahal bila kita ingin menulis mengenai cinta
Ayat ingin sangat berbunga bagai segalanya
Tidakkah bosan mengatakan sesuatu yang indah
Tapi isinya kosong di dalam
Jujur! cakap sahaja apa yang perlu
Itu mungkin lebih bermakna
Dari berpura-pura mengatakan yang indah tapi tiada apa-apa.

Kamu nak romantis
Bukan dengan kata-kata
Tetapi dengan sesuatu yang ada di dalam diri kamu
Kamu sahaja yang tahu
Lihat saja
Saat bila kamu tersenyum melihat dirinya
Dengar saja
Saat bila kamu membalas setiap bait kata-katanya
Tutur saja
Saat bila kamu jujur padanya

Kamu nak romantis bukan
Tapi diri kamu di tutup oleh kata-kata yang di rancang
Hanya untuk menjaga perasaan
Pasangan kamu sahaja

Kamu nak romantis
Kamu harus tahu apa itu diri kamu.

Aku Takut Keseorangan

Malam tadi hujan
Aku duduk sorang-sorang
Takde sape pun nak teman
Malam tadi hujan lebat sangat
Aku duduk dalam gelap
Aku takut
Malam tadi hujan ribut
Petir kuat
Aku diselubungi selimut
Terima kasih selimut
Kau temani Aku
Kau selimuti gelap Aku
Tapi malam tadi hujan lebat sangat-sangat
Ribut petir
Aku takut
Temanlah Aku

Aku keseorangan
Aku menangis
Temanlah Aku

November 13, 2008

Kasih & Sayang Itu..

Aku hulurkan kasih dan sayang itu bukan untuk dipermainkan. Aku hulurkan kasih dan sayang itu atas kepercayaan. Aku hulurkan kasih dan sayang itu atas nama Kamu dan Aku. Kalau Kamu bukan milik Aku sekalipun Aku tidak akan pernah menyesal kerana mencintai Kamu. Andai Kamu menipu Aku sedikitpun tidak akan Aku marahi kerana bukan Aku yang tertipu. Andai Aku tahu Kamu menduakan Aku itulah hadiah yang paling istimewa Aku ingat sampai akhir hayat Aku nanti. Andai Aku tahu Aku hanya dicintai untuk penuhi syarat duniawi akan Aku katakan "Terima Kasih Sayang, Hari kamu akan tiba satu hari nanti."

November 12, 2008

Epa Pendekar Jawa

Gambar ini diambil semasa Pementasan Bangsawan Raden Galoh. Mana satu kamu rasa ada Aura Pendekar Jawa. Terima Kasih kepada Epa Dyn kerana membenarkan gambarnya di edit. Sesungguhnya Epa adalah Pendekar Jawa itu.

November 5, 2008

10 Inspirasi Terbaik Kehidupan


Aku cuba mengedit picture ini dengan keyakinan yang syok sendiri
10 Inspirasi Terbaik Kehidupan
Mari la cari sama-sama.

Sayang Itu... Kamu

1. Sayang itu ada dalam tangan, Jika perlu genggamlah dan jangan lepaskan ianya pergi.

2. Sayang
itu ada dalam otak, Jika perlu memoirkan ia dan jangan di lupa.

3. Sayang
itu ada pada kaki, Jika perlu berjalan bersama ia dan jangan sesekali tendang ia ke tepi.

4. Sayang
itu ada pada mata, Lihat ia sedalamnya bukannya pejamkan mata lihat kecewa.

5. Sayang
itu ada di bibir, Jadi luahkannya dan bukan membisu.

6. Sayang
itu lahir dari hati, Dan pastinya kamu harus miliki dan hargai.

7. Sayang
juga bukan untuk rasa segan, Cinta untuk rasa bahagia.

Belajarlah tentang apa itu sayang kerana sayang itu adalah kamu dan bagaimana kamu aplikasikannya di dalam diri kamu.

November 3, 2008

Coming Soon JAN' 09

Buku ini bakal menghimpunkan 10 tulisan biasa-biasa yang dihasilkan oleh BESAQkichik


Kehidupan "Sejernih Air Mata"

“Hari-hari dalam kehidupan ini sejernih air mata gembira yang ingin mengungkai segala rahsia yang sangat pedih dan sakit.”

Hari malam itu membawa kepada perbincangan yang adakalanya sangat gopoh untuk bercerita mengenai sesuatu tetapi melihat perkara-perkara yang selama ini tak di sangka dan ada sedikit pendidikan di situ walaupun itu hanya satu selingan ketika berjumpa.

Dan pada hari-hari yang lain pasti Aku atau korang akan bercerita mengenai pengalaman, kehidupan, perasaan, permasalahan dan rasa hairan juga tentang segalanya yang selari di hati dan hidup kita. Manusia selalu berfikir sangat waras tatkala memberi pandangan atau nasihat tetapi manusia juga tidak dapat melakukan segala apa yang pernah dikatakan dengan sempurna.

Manusia memang terkenal dengan sikap alpa tetapi tidaklah semua walaupun begitu semua manusia pasti akan terlupa kerana hidup ini bukan sempurna dan kita bukannya mulia. Ada kesilapan yang pernah kita lakukan.

Hari ini mungkin kita berada tinggi di atas awan esok sayap mungkin patah dan kita terkulai jatuh tersungkur lalu baru mencuba untuk sujud dan mencium bumi sedangkan selama ini tidak pernah sedikitpun kita berpijak pada paksi yang betul dengan seluruh rasa syukur. Peringatan buat Aku juga.

Aku manusia yang jahil tentang kehidupan dan sekarang menulis tentang apa yang Aku rasa dalam hidup. Aku sendiri rasa janggal. Layak ke Aku untuk bercerita mengenai kehidupan sedangkan hidup Aku sendiri tidak terurus. Persetan semua hal mengenai layak atau tidak layak.

Adakah manusia yang tidak layak tidak boleh menyatakan pandangannya mengenai kehidupan?

Adakah manusia yang dikatakan layak itu kehidupannya cukup sempurna?

Adakah manusia yang dikatakan layak itu adalah terlalu mulia?

Ehmmmm… Bukan mereka yang akan melayakkan Aku di neraka ataupun syurga. Aku tak pernah isi borang dengan mereka-mereka ini. Adakah Aku masih boleh menyebut mereka layak untuk menghakimi segala apa yang Aku buat. Pergi mampus. Lagipun, diorang tu bukan siapa-siapa.

Mereka tu sama je macam Aku.. Satu kata “ Manusia”. Aku pun manusia, jadi janganlah terlalu sibuk-menyibuk untuk menghakimi apa yang mereka lakukan. Mungkin mereka yang lain itu lakukan perkara yang salah, cukuplah sekadar menasihati dan memberi sedikit tunjuk ajar dan bukannya menghakimi sehingga kita lupa diri. Lupa siapa sebenarnya kita?

Sampai sini sahaja dahulu. Lagipun Aku dah tak tahu nak tulis apa-apa. Kepala otak Aku tengah ‘hang’ maklumlah Aku bukannya membaca buku sangat jadi tak boleh nak perah otak untuk menulis (takut stress plak nanti) dan Aku pun malas nak mereka-reka cerita tulis yang bukan-bukan yang Aku sendiri tak tahu. Pemikiran Aku sampai sini sahaja. Aku harap dapatlah Aku berkongsi sedikit pandangan Aku dengan mereka yang sentiasa anggap diri mereka sangat mulia dan sempurna sehingga tiada cacat cela yang selalu hakim-hakim orang tu (kepada mereka yang terasa pedasnya cili merah itu dan bodoh sombong berlagak nak mampus).

Dan aku berharap benar apa yang Aku tulis ini menjadi satu peringatan bersejarah buat Aku dan mereka yang sentiasa ingin belajar mengenai apa itu kehidupan. Bermulalah dimana-mana sahaja untuk melihat kehidupan yang sebenarnya lebih sakit. Mata ini tidak akan dapat menahan melihatnya.

November 2, 2008

Aku Sayang Dia

Aku berharap sangat. Aku adalah orang yang akan
membuatkannya "NUR SYAIMA NABILA" bahagia.