April 9, 2009

Luahan Rasa Tentang Beberapa Salah Aku... Maaf!

"Semakin Aku jauh dari mengenal erti diri dalam diri sendiri... Apa dah jadi... Membuatkan orang tidak senang... Maaf!"

Sesungguhnya sehubungan dengan itu apa lagi yang harus dilakukan? ADA YANG HARUS DIRENCANAKAN! Siapa? Antara Aku juga Dia. Ayat makin berputar dan berbelit seolah-olah air liur yang terpercik dari mulut yang sedang bicara menghasilkan ikatan yang sungguh padat. Bicara yang mana ada antaranya seolah hipokrit yang nyata tapi di selindungkan.

"Berkata dan menulis memang senang. Praktikalnya.... Ehmmmmm" 

Kenyataan itu yang selalu diungkapkan cuma bagi Aku... Aku GAGAL... Dalam diri aku, hati aku, pemikiran aku, cara hidup Aku dan semuanya tentang Aku punya satu tekanan yang sangat hebat yang tidak dapat Aku cari dari mana punca tekanan itu tapi yang penting ia berpunca dari diri Aku sendiri. 

DAN SEKARANG APA YANG HARUS AKU RENCANAKAN LAGI? Setelah segala norma kehidupan Aku telah Aku langgar. Aku boleh dikatakan LOSER. Jangan sesekali ketawa kerana setiap manusia sentiasa menempuhi permasalahan dalam diri sendiri. 

Aku jadi sedar apabila di tegur setepek di muka sendiri (bak kata orang-orang lama)... Perasaan malu itu hadir macam tu saja... Tapi ia tak berlalu begitu saja, masih ada... masih ingat... Berterima kasih sangat Aku pada insan itu mungkin teguran itu dari Tuhan yang mewakilkan pada dirinya untuk disampaikan kepada Aku sekaligus menyedarkan Aku tentang beberapa salah dan dosa Aku pada tika dan saat itu.

Kehadiran Aku mungkin bukan apa-apa... Tapi siapa tahu tohmahan kasar yang mereka terima dari keadaan sekeliling. Aku buta seketika tentang itu, mungkin kerana Aku sedang asyik dengan diri sendiri sehingga Aku lupakan yang lain. Aku bersalah. Aku minta maaf pada semua.

Aku menulis ini atas sifat dan rasa serba salah Aku kepada mereka yang tidak patut menerima tohmahan kasar dari sekeliling. Mungkin... kerana Aku mereka di tohmah dan di caci oleh sekeliling. Siapa yang tahu bukan. Sedang Aku tidak pernah pun terfikir tentang itu. MAAF!

Ini luahan rasa tentang beberapa salah Aku pada insan, alam dan sekeliling. MAAF!

Tulus Ikhlas,
Saiful Zanawi Bin Mohd Nawi
Nur Syaima Nabila Binti Md Anuwar

March 30, 2009

Cinta Itu Yang Kau Rasakan

Aku menangis dalam senyuman
Itu kegembiraan kamu
Tidak akan Aku tunjukkan tawa tangisku
Hanya yang kumahu hanya senyumanmu

Aku marah dalam keriangan
Itu keceriaan kamu
Tidak akan Aku persembahkan garau suaraku
Hanya yang kumahu hanya kegembiraanmu

Aku sakit dalam sihat
Itu akan ku pendam
Kerana merisaukan kamu
Tidak akan Aku lakukan sekali-kali

Aku sayang kamu
Aku rindu kamu
Dan segalanya buat kamu

Cinta yang terpendam
Cinta itu yang Aku luahkan
Cinta itu yang kau rasakan.

Untuk Kawan-Kawan Yang Mungkin Terasa

Manusia tidak dapat menerima cara bicara dan juga sifat aku tetapi kesempurnaan itu bukan milik kamu. Aku hanya mahu menjadi sifat Aku sendiri.

Kenapa ada yang harus benci dan tidak suka... Sifat manusia mungkin, jadi Aku terima dengan senyuman dan gelak tawa..

1. Takut untuk berbicara dengan Aku?

Aku manusia dan bukannya syaitan (kadang2 mungkin). Kenapa harus takut? Kamu berkawan dengan Aku atas sebab takut atau atas sebab kawan. Jika atas sebab takut. Nasihat Aku Cuma satu…

“Berlarilah kamu jauh-jauh dari Aku supaya kamu tidak takut lagi. Aku tidak mahu menjadi ketakutan dalam hidup kamu.”

Jika atas sebab kawan. Aku akan katakan…

“Hulurkan tangan, Aku sedia untuk membantu apa jua jenis dugaan kehidupan ini bersama kamu kerana kamu adalah kawan Aku.”

2. Pemakaian Aku tidak sehebat kamu?

Aku tidak sehebat kamu kerana pemakaianku hampir sama setiap masa. Aku minta maaf kalau pemakaian Aku memberi rasa janggal pada kawan-kawan tapi itu sahaja yang Aku mampu. Kalau ada duit lebih mungkin akan ada baju baru.

“Itu je satu-satunya baju kemeja yang dia ada dari dulu sampai sekarang, belanjalah dia baju, Aku rasa beli bundle pun dia tak kisah kot.”

Penghinaan yang akan Aku akan ingat sampai bila-bila. Kenapa Aku katakan ia satu penghinaan terhadap diri Aku adalah atas sebab bercakap di belakang Aku. Jika ayat ini keluar di depan Aku secara berdepan Aku masih boleh terima sebagai gurauan. Apa yang boleh Aku katakan terhadap penghinaan itu sekarang adalah…

“Minta Maaf, Aku lebih selesa jadi diri Aku. Jika Aku hanya mampu untuk memakai pemakaian seumpama itu yang tidak se’level’ kamu. Aku masih lagi bersyukur kerana tidak Aku bogel bila aku pergi ke mana-mana. Masih lagi ada pakaian.”

3. Aku berlagak Seni…?

Aku tidak pernah mempunyai seni. Aku bukan anak seni, cuma belajar dalam seni dan masih lagi mencari seni dalam diri. Aku bukan dilahirkan oleh Ibuku dengan segala kebolehan tetapi Aku masih mencari dan terus mencari.

Bagi Aku seni di dalam diri seseorang itu datangnya dari rasa dan pemikiran..

“Seni adalah rasa dan pemikiran.”
“Art is all about Taste and Intelectual.”

Gila Poyo Aku nak alih bahasakannya… Kalau ada antara mereka yang mengatakan Aku berlagak Seni.

Ini Kenyataan Aku..

“Aku bukan Anak Seni tetapi belajar untuk mencari Seni.”

Adakah Aku akan berlagak?

Mungkin ya dan mungkin Aku akan bersyukur jika segala apa yang tersurat dan tersirat di dalam urat-urat pemikiran ini dapat dilontarkan dan diterima oleh masyarakat di luar sana yang mengakui Aku sebagai seorang Anak Seni dan bukannya berlagak Seni. (Jalan Ini Masih Jauh Mungkin Tidak Terkejar… Hahahahaha)


Dan untuk kawan-kawan yang mungkin terasa Aku minta maaf kerana Aku lebih selesa menjadi diri Aku.