June 22, 2009

Kapal Terbang Kertas (New Version)

Aku hanya berdiri di tepi balkoni melihat langit yang luas terbentang. Suasana malam ini sangat indah dan tenang melihat bulan yang mendapatkan cahaya dari matahari.

Dulu Aku pernah membaca sebuah kisah fantasi ‘Kapal Terbang Kertas’ kisah cinta mengenai Pungguk dan Bulan di Alam Semesta yang berakhir dengan kematian tetapi yang bahagianya ia mati bersama dengan cinta yang kekal untuk selamanya.

Aku
Entah bila Aku akan berjumpa Cinta sesetia itu.

Aku pun melepaskan sebuah kapal terbang kertas yang telah sempurna di lipat ke atas udara yang mampat sebelum membaling dan menerbangkannya. Aku pun memalingkan diri. Kemudian Aku ditegur.

Cinta
Kapal Terbang Kertas siapa ini?


Aku terperanjat dan memalingkan semula wajah Aku. Aku melihat seorang gadis berpakaian serba putih terapung di udara. Aku terpaku…

Aku
Siapa kau.

Cinta
Aku bernama Cinta.


Aku
Kau datang dari mana?


Cinta menunjukkan bulan. Cinta mengembalikan semula kapal terbang kertas itu kepada Aku dan buat kali pertamanya Aku melihat tanpa mengelipkan mata seolah-olah di pukau.

Aku
Nama Aku, Aku Indra.


Cinta hanya tersenyum pada Aku dan lenyap secara tiba-tiba hanya selendang putih yang dipakainya ditinggalkan buat Aku. Adakah benar kisah fantasi yang Aku baca itu?

Bersambung…

June 17, 2009

Manisnya Sebuah Kematian (Episod 1)

Adakah Aku pernah mati? Tidak! Tapi Aku akan rasainya suatu hari nanti… Bukan Aku sahaja kamu jua pasti menantikan hadirnya dan akan bertanya “Maniskah sebuah kematian?”

Muka makin pucat… Masa mungkin sudah tiba… Aku seolah-olah melihat kembali salasilah dosa-dosa yang pernah Aku lakukan tatkala bermulanya akil baligh dalam diri Aku.

Aku menangis apabila melihat salasilah dosa itu. Ia seolah menghukum Aku sebelum tempoh hayatku tamat, yang mana saat ini adalah bibit akhir untuk nafas Aku dihembuskan.

“Kenapa jadi macam ni?”

Nafas Aku seolah-olah menafikan nyawa Aku dan hayat Aku seolah-olah bersambung untuk Aku melihat betapa peritnya hidup Aku yang dulu di saat tubuhku sihat. Melihat salasilah dosa ini adalah hukuman yang sangat berat bagi mati sebelum hidup di alam barzakh. Aku terus menangis, air mata Aku tidak kembali dari sudut mata Aku sebaliknya air mata Aku mengalir di mata-mata mereka yang pernah Aku khianati.

“Celaka, kenapa Aku tidak mati lagi… kenapa salasilah dosa ini diperlihatkan sebegini rupa tariklah nafasku cepat.”

Disaat ingin mati pun Aku masih menyebut celaka. Adakah mati Aku dipercepatkan atau dilambatkan.

“Kenapa kau nak sangat mati.”

“Sebab Aku tak nak melihat azab segala dosa Aku… Nanti… Kau siapa…?”

“Kau terperanjat di saat nazak macam ni pun kau mampu mendengar dua suara. Aku bukan deria ke-enam kau. Aku suara dari dalam diri kau yang mahu kau melihat semula semua kesalahan kau. Tapi Aku nak ingatkan Kau ketika hidup Kau boleh mengawal Aku tapi ketika Kau dalam saat nazak begini segala kawalan di tangan Aku. Aku tidak akan biarkan Kau mati dengan begitu mudah. Sebab Aku nak Kau lihat betapa indahnya hidup Kau dahulu.”

“Tapi, kenapa sekarang…?”

“Sebab semasa Kau hidup dahulu, Kau tak pernah endahkan Aku. Kau tidak pernah sedikitpun mahu insaf. Kau melakukan segalanya sambil lewa sehingga ibu yang kandungkan kau pun kau caci. Anak apa kau ini? Aku rasa kau patut lihat bagaimana seksanya Ibu Kau ketika melahirkan Kau sebab semuanya bermula dari situ. Aku hantar Kau ke sana untuk Kau lihat dunia awal Kau ketika Kau menangis buat kali pertama.”

Mata Aku sakit melihat cahaya putih yang berkilau. Aku melihat semula bagaimana Ibu Aku melahirkan Aku. Ibu Aku mengerang kesakitan. Aku masih lagi tidak keluar. Aku menangis tapi Air mata itu mengalir di mata Ayah yang mahukan Ibu dan Aku selamat. Kenapa ketika Aku hidup Aku tidak Aku rasai perasaan mereka. Kenapa Aku di hantar ke sini di saat Aku nazak.

“Tolonglah Aku mahu pulang.”

Aku dengar bisikan Ayah di telinga Ibu.

“Sayang, jangan risau… Abang ada dekat sini... Sayang akan selamat… Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anak yang bakal lahir ini Ya Allah.”

Aku terus berlari keluar dari bilik pembedahan. Aku tunggu di luar. Ayah kemudian keluar membawa Aku yang telah selamat dilahirkan untuk di azan dan diqamatkan. Aku menangis lagi tapi air mata itu mengalir di mata bayi itu yang keluar di mata Aku cuma air mata darah.

…bersambung...

June 1, 2009

Teruk Sangat...

Penilaian Tahun Akhir Aku dah nak sampai... 9 Jun 2009, Aku merasakan sangat biasa pada diri tapi ternyata ianya adalah Tahun Akhir yang paling teruk sebagai pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)... Salah itu datangnya dari Aku, ramai yang kata;
"jangan menyesal nanti sudah."
Jawapan Aku mudah dan yakin;
"sekarang pun Aku dah menyesal, menyesal kerana tidak buat Projek Akhir pada tahun depan."
Hehehehehehe... Sungguh hingga ke hari ini Aku merasakan diri Aku sangat teruk...