August 6, 2009

Alam Kerja

Setelah 16 tahun membanting tulang untuk belajar dari UPSR, PMR, SPM, STPM, DIPLOMA. Akhirnya Aku berada dalam Alam kerjaya yang sebenar. Siapa tahu Aku mampu untuk menghabiskan pengajianku selama 23 tahun hidup di atas dunia ini dan selepas dari hari ini. Aku hanya mampu tersenyum untuk bekerja dan membanggakan mereka yang mengambil aku bekerja. Kalau mereka tidak memberi Aku peluang ini entah sampai bila Aku akan dapat.
Setiap hari bekerja membuatkan Aku berfikir akan tanggungjawabku dimasa hadapan. Aku mahu menjadi seorang yang bertanggungjawab di dalam segala urusanku. Biarpun perkara itu sekecil dan sekelumit kuman.
Aku mahu mengubah tanggapan manusia yang memandang rendah akan Aku. Jadi Aku akan berusaha...

July 4, 2009

Halalkah Aku (kisah seorang gadis - episod 1)

Aku seorang perempuan simpanan separuh masa dan kerja Aku yang separuh lagi menjadi tenaga pengajar. Mengajar mengaji anak-anak di kejiranan, hanya untuk menutup beberapa silapku. Anak muridku rata-ratanya memanggil Aku ustazah tetapi lelakiku memanggil Aku dengan panggilan baby. Nama Aku Aisyah. Nama Aku sangat cantik bukan tapi sifat Aku... Aku ketawa kecil. Aku ada seorang adik nama adikku Ahmad.

"Ahmad, bangun dah pagi ni. Nanti lambat nak ke kelas."

Begitulah Aku setiap pagi. Mengejutkan adikku bangun dan menyediakan sarapan untuknya selepas itu dengan segera Aku menutup susuk tubuhku dengan baju yang layak buat seorang ustazah sarungkan dan seterusnya menghantar adikku ke sekolah. Pulang seperti biasa Aku terus ke surau mengajar mengaji. Wajahku kelihatan ayu tika memakai hijab.

Begitu jugalah Aku setiap malam. Pasti akan menjelma dalam susuk tubuh yang montok di depan lelaki-lelakiku. Justeru itu, Aku melakukan tugas keghairahanku. Aku jadi lemah bila tubuhku dilidahi oleh lelakiku. Selepas Aku menjemput adikku dari sekolah, Aku akan pastikan makan malam dan segalanya disediakan dengan cukup kerana Aku ada kelas malam kononnya. Itu sahaja caranya untuk Aku keluar pada waktu malam dan bergembira bersama lelaki-lelakiku. Dan yang pastinya dengan teknologi yang ada Aku pasti mencari kawasan yang cukup jauh dari luar Kuala Lumpur dan Selangor untuk bergembira. Aku budak yang pandai cuma Aku tidak berkesempatan untuk melanjutkan pelajaran ekoran dari kesempitan wang dan dihimpit pula dengan kemiskinan. Perbuatan Aku tidak diketahui oleh umum kerana Aku telah menutup mulut-mulut lebai dikejirananku dengan dadaku yang tembam. Aku pun bukan suka sangat nak buat semua ini. Aku benci bapak Aku...

"Marilah, Ayah usik sikit je?"

Macam itulah ceritanya dari sikit kepada bukit. Macam menabung. Aku pernah berfikir masihkah ada lelaki yang boleh Aku panggil suami suatu hari nanti. Itu cerita dulu, selepas setahun Aku berhenti dari mengajar mengaji. Aku membawa adikku Ahmad berpindah ke tempat lain. Aku sayang adikku dan untuk kebaikan dirinya Aku telah menjual Ahmad kepada keluarga yang mampu untuk memberikan Ahmad didikan agama yang sempurna. Tempat Ahmad bukan bersama Aku.

"Kenapa Kak Aisyah buat Ahmad macam ni."

"Ahmad jangan menangis ya... Akak akan datang jemput Ahmad satu hari nanti."


Aku sudah pandai menipu adik kesayanganku. Walau setiap malam Aku menjadi ayam yang disuntik jarum emas bila terkenangkan adik, pasti Aku akan menangis. Aku kesat air mata Aku. Aku seorang call girl yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

"Kenapa Kau buat kerja ni?"

"Aku rasa ramai lelaki suka kalau Aku buat macam ni."


Lelaki itu hanya tersenyum lalu Aku pun mengucup senyumannya itu. Malam tadi cukup sempurna untuk kupu-kupu terbang dan pagi ini...

"RM 2000.00 ni untuk Kau."

"Terima kasih."

"Kawan-kawan Aku mesti suka."

Aku tersenyum bila lelaki itu mengeluarkan kata-kata itu seolah-olah Tuhan membuka pintu rezeki buat Aku.


Bersambung...

June 22, 2009

Kapal Terbang Kertas (New Version)

Aku hanya berdiri di tepi balkoni melihat langit yang luas terbentang. Suasana malam ini sangat indah dan tenang melihat bulan yang mendapatkan cahaya dari matahari.

Dulu Aku pernah membaca sebuah kisah fantasi ‘Kapal Terbang Kertas’ kisah cinta mengenai Pungguk dan Bulan di Alam Semesta yang berakhir dengan kematian tetapi yang bahagianya ia mati bersama dengan cinta yang kekal untuk selamanya.

Aku
Entah bila Aku akan berjumpa Cinta sesetia itu.

Aku pun melepaskan sebuah kapal terbang kertas yang telah sempurna di lipat ke atas udara yang mampat sebelum membaling dan menerbangkannya. Aku pun memalingkan diri. Kemudian Aku ditegur.

Cinta
Kapal Terbang Kertas siapa ini?


Aku terperanjat dan memalingkan semula wajah Aku. Aku melihat seorang gadis berpakaian serba putih terapung di udara. Aku terpaku…

Aku
Siapa kau.

Cinta
Aku bernama Cinta.


Aku
Kau datang dari mana?


Cinta menunjukkan bulan. Cinta mengembalikan semula kapal terbang kertas itu kepada Aku dan buat kali pertamanya Aku melihat tanpa mengelipkan mata seolah-olah di pukau.

Aku
Nama Aku, Aku Indra.


Cinta hanya tersenyum pada Aku dan lenyap secara tiba-tiba hanya selendang putih yang dipakainya ditinggalkan buat Aku. Adakah benar kisah fantasi yang Aku baca itu?

Bersambung…

June 17, 2009

Manisnya Sebuah Kematian (Episod 1)

Adakah Aku pernah mati? Tidak! Tapi Aku akan rasainya suatu hari nanti… Bukan Aku sahaja kamu jua pasti menantikan hadirnya dan akan bertanya “Maniskah sebuah kematian?”

Muka makin pucat… Masa mungkin sudah tiba… Aku seolah-olah melihat kembali salasilah dosa-dosa yang pernah Aku lakukan tatkala bermulanya akil baligh dalam diri Aku.

Aku menangis apabila melihat salasilah dosa itu. Ia seolah menghukum Aku sebelum tempoh hayatku tamat, yang mana saat ini adalah bibit akhir untuk nafas Aku dihembuskan.

“Kenapa jadi macam ni?”

Nafas Aku seolah-olah menafikan nyawa Aku dan hayat Aku seolah-olah bersambung untuk Aku melihat betapa peritnya hidup Aku yang dulu di saat tubuhku sihat. Melihat salasilah dosa ini adalah hukuman yang sangat berat bagi mati sebelum hidup di alam barzakh. Aku terus menangis, air mata Aku tidak kembali dari sudut mata Aku sebaliknya air mata Aku mengalir di mata-mata mereka yang pernah Aku khianati.

“Celaka, kenapa Aku tidak mati lagi… kenapa salasilah dosa ini diperlihatkan sebegini rupa tariklah nafasku cepat.”

Disaat ingin mati pun Aku masih menyebut celaka. Adakah mati Aku dipercepatkan atau dilambatkan.

“Kenapa kau nak sangat mati.”

“Sebab Aku tak nak melihat azab segala dosa Aku… Nanti… Kau siapa…?”

“Kau terperanjat di saat nazak macam ni pun kau mampu mendengar dua suara. Aku bukan deria ke-enam kau. Aku suara dari dalam diri kau yang mahu kau melihat semula semua kesalahan kau. Tapi Aku nak ingatkan Kau ketika hidup Kau boleh mengawal Aku tapi ketika Kau dalam saat nazak begini segala kawalan di tangan Aku. Aku tidak akan biarkan Kau mati dengan begitu mudah. Sebab Aku nak Kau lihat betapa indahnya hidup Kau dahulu.”

“Tapi, kenapa sekarang…?”

“Sebab semasa Kau hidup dahulu, Kau tak pernah endahkan Aku. Kau tidak pernah sedikitpun mahu insaf. Kau melakukan segalanya sambil lewa sehingga ibu yang kandungkan kau pun kau caci. Anak apa kau ini? Aku rasa kau patut lihat bagaimana seksanya Ibu Kau ketika melahirkan Kau sebab semuanya bermula dari situ. Aku hantar Kau ke sana untuk Kau lihat dunia awal Kau ketika Kau menangis buat kali pertama.”

Mata Aku sakit melihat cahaya putih yang berkilau. Aku melihat semula bagaimana Ibu Aku melahirkan Aku. Ibu Aku mengerang kesakitan. Aku masih lagi tidak keluar. Aku menangis tapi Air mata itu mengalir di mata Ayah yang mahukan Ibu dan Aku selamat. Kenapa ketika Aku hidup Aku tidak Aku rasai perasaan mereka. Kenapa Aku di hantar ke sini di saat Aku nazak.

“Tolonglah Aku mahu pulang.”

Aku dengar bisikan Ayah di telinga Ibu.

“Sayang, jangan risau… Abang ada dekat sini... Sayang akan selamat… Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anak yang bakal lahir ini Ya Allah.”

Aku terus berlari keluar dari bilik pembedahan. Aku tunggu di luar. Ayah kemudian keluar membawa Aku yang telah selamat dilahirkan untuk di azan dan diqamatkan. Aku menangis lagi tapi air mata itu mengalir di mata bayi itu yang keluar di mata Aku cuma air mata darah.

…bersambung...

June 1, 2009

Teruk Sangat...

Penilaian Tahun Akhir Aku dah nak sampai... 9 Jun 2009, Aku merasakan sangat biasa pada diri tapi ternyata ianya adalah Tahun Akhir yang paling teruk sebagai pelajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)... Salah itu datangnya dari Aku, ramai yang kata;
"jangan menyesal nanti sudah."
Jawapan Aku mudah dan yakin;
"sekarang pun Aku dah menyesal, menyesal kerana tidak buat Projek Akhir pada tahun depan."
Hehehehehehe... Sungguh hingga ke hari ini Aku merasakan diri Aku sangat teruk...

May 28, 2009

Angel Demon

Aku rasa sakit
sentiasa berhenti di tengah-tengah...

May 22, 2009

Pukul berapa...?

Masa itu sering ditanya...
Dihargai...

Hahahahahaha...
Aku senyum sendiri...

May 14, 2009

Ungkapan Pendek

seorang duduk
dan
alam semulajadi berbisik
pergi ke sana 
kejar dirinya

Untuk apa
CINTA